Thursday, December 31, 2009

Reunion Ex Pra Sabah

AKHIRNYA!!!....menjadi juga reunion yang kami rancangkan baru beberapa bulan yang lalu....jumlah yang datang ekceli tidaklah semeriah mana...walaupun begitu dengan berapa kerat orang ini saja pun alhamdulillah memang sangat meriah walau kuantiti sedikit, happening juga. Gambar kat atas ni adalah sesi akhir kami masa tu, sesi mengambil gambar beramai-ramai untuk memori akan datang. Well alhamdulillah syukur Lillah kerana diberi kesempatan dan kesihatan terutamanya untuk menghadirinya. Ku panjatkan syukur pada Mu Ya Allah...


Nampak gambar bakul2 ni? ni adalah cenderahati untuk semua yang datang malam tu, best oooo dapat cenderahati go green lagi ppunya bakul, thanks ya Ryn atas usaha mu dengan C Jul terutamanya laki bini, kakak rasa klau bkn kerana kamu berdua ntah jadi nda majlis ni SYUKRAN JAZILAN KAKAK ucapkan.

Saturday, December 12, 2009

Suria@ Sabah

Yeayyyyy suria sudah dibuka di kota kinabalu sabah, minggu lepas sempat juga kami sekeluarga ke sana. Bukan beli barang pun saja ja nengok2 lagipun banyak lagi premis kedai yang masih kosong, belum bertuan. Jom layan gambar kami sekeluarga yang syiok sendiri berpossing di sana :)



Di pintu hadapan metro

fuiyyo serius ja muka kakak, dia kata "aku mau pei servay di putatan beli kereta"....boleh tahan ya cik pengarah,,;)



di hadapan kedai pakaian kanak-kanak


"ummi bayar dulu, baba ngan anak-anak ambil gambar ya"



wah bestnya deko english style di belakang kami tu ...;)
wokey kalian selamat menatap gambar kami sekeluarga yg tak seberapa nih, cau cin cau!..salam













Tuesday, December 1, 2009

Kaisah 1 tahun 6 hari















Sedar nda sedar, pejam celik anakku dah setahun 6 hari,

Thursday, October 29, 2009

AJK Ex-Pra Sabah Reunion's Dinner

Assalamuallaikum Semua member ex Pra Sabah, berikut ni saya usahakan utk mengadakan AJK Pelaksana Program reunion kita ni,untuk pengetahuan semua senarai AJK ini dibuat adalah tanpa undian kerana tiada perbincangan dibuat, jadi senarai AJK adalah seperti yg tertulis di bawah SEGALA BENTUK KOMEN / CADANGAN perlulah disalurkan terus kepada kami di facebook ni.. atau boleh sms saya Pn Rahimah Zaman di 013-5586434 atau hubungi Pn Azrina Adnan di 016-8281238 atau tinggalkan komen di wall facebook atau di sini dibahagian mesej:-

PENGERUSI
EN. ASKA ACHBAR

TIMBALAN PENGERUSI
PN. HALIMAHTUS SAADIAH MAT SAAD

SETIAUSAHA
PN RAHIMAH BINTI ZAMAN

BENDAHARI
PN AZRINA BINTI ADNAN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

1)AJK HADIAH
SITI JUNAINEH SANI
NOOR HABIBAH OSMAN
ADO RANAU

2)AJK JAMUAN
AG ZULKIFLI AG AMAS
AZRINA ADNAN
SHAHIRAZAN MUHASIP

3)AJK PUBLISITI
ADE RIZAL PAHLEVI
LANGIT SALJU
INDERA SHAHRIL

4) AJK PENDAFTARAN
ROSLIZAH SUHAILIN
ERZA ROZANAH JAIM
5) AJK PA SISTEM
ANDY AYIM
FADLULLAH A. RAHMAN

6) JURU ACARA MAJLIS
PG ISMAIL
SUZANA ALI HASSAN

7)AJK AKTIVITI
AIDAH JAPININ
HASNI RISI
AZIMAH ABDUL AZID
NORAINI MAJID

Senarai AJK akan ditambah dari masa ke semasa bagi melancarkan segala perancangan. Kerjasama daripada semua ahli amatlah dihargai. Hubungi kami jika anda ingin terlibat sebagai AJK

**nota : perlantikan diatas dilakukan secara tanpa perbincangan dan undian. Senarai AJK dan ahli pengurusan akan berubah mengikut keperluan.

Yang Berusaha,
Pn. Rahimah Zaman
013-5586434

Wednesday, October 7, 2009

Just want to write something...

Pagi ni ummi pegi kerja macam biasa, sekarang ni pun dah sampai sekolah, kelas ada jam 9 nanti. Ummi tengah memikirkan c adek, dari last puasa ( minggu last posa) sampai lah sekarang ni masih lagi nda berapa sihat, ubat yang beli dari Doktor Purnama hari tu pun dah mau habis, tapi macam tu juga selsemanya...nasib baik nda demam. Adek batuk, selsema (dengan hingus yang mengalir-ngalir)...ciannkan anakku itu..ni yang otak ummi dan baba ligat berfikir nak buat mcmana.............

Dahlah 2, 3 malam ni dia nda boleh tidur, hidung sumbat nda dapat bernafas dengan baik. Hari ni ummi ada hati mahu bawa pegi jumpa Doktor Izuddin di SMC (Sabah Medical Centre) tahun lepas c ummie bawa jumpa ngan doktor ni, sebabbnya ntah dah antibiotik dan ubat batuk apa sudah yg dia makan, batuk macam tu juga berbulan-bulan tidak sembuh-sembuh. Adalah jugak c kakak batuk dalam 3 bulan lebih, at last tu yang ummi ikhtiar bawa pegi SMC. Time tu mana SMC pun ummie nda pernah tau, alhamdulillah lepas jumpa doktor Izuddin akhirnya sembuh jugak kakak.

Jadi tu yang hari ni ummi mahu bawa adek jumpa PAkar Pediatrik / Kanak-kanak ni, doakan anakku sihat ya kawan-kawan. Ku panjat doa pada Allah "Ya Allah sembuhkan lah penyakit anakku ini, cian anakku, jauhkanlah kami sekeluarga dari penyakit, Ameeen!"

So lepas ni ummi nak buat appointment dulu ngan Dr, insyaAllah petang nanti akan ke sana.

Thursday, October 1, 2009

Update Kisahku memBf C Adek


(Pic anakku dalam pouch ummi / penggendong baby masa ni umurnya 5 bulan)

Sedar tak sedar pada 25hb september lepas anakku sudah berumur 10 bulan, dan aku alhamdulillah masih lagi memerah susu dan membreastfeeding anakku, cuma c 'sahabat karibku' time posa hari tu dah menampakkan 'wajahnya' dan c ummi mula risau hasil tenusu jadi sedikit..........apa lagi sibuk sudah c ummi mencari domperidone di klinik Dr Florence ( itupun nasiblah jumpa jugak di situ) ............padahal sebelum ni c ummie sudah 2 kali membelinya di kk dekat farmasi cp........sediakan payung sebelum hujan konon hehehehe .....sekalinya bila hujan dah sampai kena beli juga 'payung domperidone tu'.








Setakat nih alhamdulillah hasil tenusu masih boleh dapat 7 oz, tapi kemalasan ku ini mahu diubahsuai jadi rajin, HARUSku memaksa diri ini!!!, doakan diriku dapat membf anakku hingga umurnya 2 tahun......insyaAllah...AMEEEn!! Kini bila sahabat karibku sudah berlalu pergi aku masih sambung makan fenugreek GNC ku itu, ianya masih merupakan keperluan ku yg sangat penting untuk memaintainkan supply susu nih.
















Friday, September 25, 2009

Hari raya ke 6


Dah raya ke enam barulah kami sekeluarga dapat bergambar itu pun ambil skit2 ja, bukan apa tu charger bateri kamera ummi meragam, ntah rosak ka atau apa2 ntah bila cas bateri nda pandai penuh2, di sebelah keluarga ummi baru raya ke enam dapat berkumpul sekeluarga, sebab tunggu yg lain-lain balik ke kampung sebab terngam2 kena giliran beraya di tempat suami huhuhu...tapi klau aku ngan keluarga suami nda jauh rumah, pagi di rumah sebelah keluarga mentua, petang boleh lagi sambung rumah keluargaku.
.
(adek ngan kakak raya tahun pakai baju gaun ja..baju kurung dorang nda siap)
Klau tahun lepas ummi sarat mengandung time raya, tahun ni kami sekeluarga dah menyambutnya berempat, tapi mau tau cerita ;) raya kedua kunjungan raya kami ke hospital beaufort, demam anakku yg kedua pulak yg nda mau kebah2 lagi, nasiblah juga sdh mau seminggu raya ni oklah jugak. Jadi memang nda seberapa dapat beraya lah cerita, klau berjalan pon ke rumah saudara mara asal menyempat saja. Tapi yalah kan kdg kita mau limit masa nda juga menjadi sebabnya dahlah jarang jumpa kan mau 2, 3 minit saja mo bercerita?...memang mustahillah jugak, kdg sejam, setengah jam...memang dah lari budget masa ;). Apa nak buat dah namanya raya kan?....
(Bersama sepupu-sepupu c kakak,dari kiri nirah, ijuy, dan liling yg baju green tu c kakak lah tu bah bergaya oooh!!)

Wednesday, September 23, 2009

Hermmmmmmmppppphhhhhhhh....takda mood..



Assalamualaikum....selamat hari raya maaf zahir dan batin daku ucapkan,...hari ni sudah raya keempat tapi aku masih dalam dimensi BAD MOOD...............tau kenapa? hermmmmm, baju rayaku dan anak-anak nda siap, mengenangkan diriku takpa lah kan org dewasa tapi budak-budak yang kesian nda dapat memakai baju baru, dah lah baju yg lama pon sdh pudar berkarat........................huk hu huhuuu, nda bestnya...sesi meluah perasaan nih ;), kita bukan apa kan..klau tahu baju tu nda akan siap2 pandai jugalah kaki ini melangkah ke kedai yg menjual baju ready made di kedai, dah lah hantar baju tu sebelum bulan posa, tup2 bila raya baju nda siap, klau lah kan tkg jaet ku itu, boleh bgtau baju raya nda sempat siap, hissssssssssssssshhh bukannya jauh berbatu nak mencari baju.....tension!! apalah nasib, nda apalah sdh nasib badan.........cian anak2ku :(

Wednesday, August 5, 2009

H1N1

Ermm agak-agak lama jugak aku nda bercerita kat sini. Topikkku hari ni H1N1, apa itu H1N1?? ianya memang menakutkan semua org. Bayangkan saja di sini di Daerah yg aku menetap ni di Beaufort, penyakit ini dah mula menular ke pekan ini, antara penyebabnya adalah jangkitan dari sempadan Brunei dan ada juga yg kena di k.kinabalu tapi berpindah sekolah plak di Beaufort, time-time wabak ni...hemnnnnnnnnn.....takut. Ada baby kecik bah di rumah....nauzubillahi minzalik!! tidak jauh dari beaufort dah ada pelajar yg kena di sekolah pengiran omar berampah kah nda silap aku.

Di St John pulak ada student yg di suspek. Nda tau positif kah nda. D SMK Beaufort pula pelajar yg tinggal di asrama kena suspek, dan sudah dibenarkan balik kg, tp sekolah belum tutup plak. D sek aku SMK Gadong belum ada dan palis2 nda mau lah ada. Di sekolah SK Bukau seorang pelajar dah kena suspek dan dah dimasukka wad, dpt contact semasa pergi Pesta Gatta Sipitang minggu lepas...................Aduhaiiiiiiii,,,,,,,,,,,penyakit ini semakin lama semakin membiak-biak, Ya Allah Ya Tuhan Kami mudah2an ujian ini akan berakhir, selamatkan kami dari wabak H1N1 / swine flu / Selesema Babi /khinzir apa pun namanya memang penyakit ini tidak main-main dengan ancaman maut....

Jom Kita Baca Tentang H1N1
Wabak Influenza A H1N1(Selsema Babi)-Apa yg perlu anda tahu?

1. Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?

Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.Imej Elektron Virus Influenza A H1N1

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my

4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang. Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.

8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?

Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

• Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Thursday, July 16, 2009

:::=>Koleksi gambar2 c kakak<==:::


Inilah koleksi gambar dari hp c ummi gambar c kakak ketika umurnya 2 tahun gambar ni diambil di rumah sewa di Kinarut time c ummi dan c baba belajar ambil dip. pascasiswazah SPADA di UMS.

Kalau ambil gambar fuiiyoo bukan main lagi possing mengancam gituuuu :-)
Nampak bear blue tu, ada nama panggilan tu, namanya c cici.






Ni pulak gambar masa kami pegi Ranau di depan Restoran Seri Tanjung kah namanya (lupa sudah c ummi)





"Aku mau makan apa yea" .......:-)

Tuesday, July 14, 2009

@Istana Larangan@Forbidden City Beijing








Salam semua, ari ni c ummi menyempat mahu bercerita pasal Istana Larangan atau juga dikenali dengan nama Forbidden City kat Beijing, ummi c baba, ngan anak beserta kengkawan sempatlah juga melawat ke sini, dah sampai China takan nda masuk sini kan. Selalu nampak kat TV ja, haa kali ni melawat dengan mata kepala sndiri kan...fuh dahsyat tempat nih..................seluas-luas pemandangan kawasannya, tembok pagarnya pun terlalu lah tinggi nya macam tinggi bangunan jugak.
Kalau tengok gambar kat atas tu ialah bangunan yang kedua setelah mula masuk pintu depan, dengan gerbang yg besar macam dalam cerita cina dulu2. Tapi gerbang depan tak dapat ummi nak ambil gambarnya....................bukan apa...masa tu anakkku bertebiat skit tgh melalak menangis2 maklumlah budak2 kan....so dijadikan ceritanya, nda lah dapat kami mengambil gambarnya, nampat tak bangunan di belakang c baba tu (husbandku ygtgh dokong c kakak) menurut cerita Liew (salah seorang kawan kami ke sini, Student China yg belajar di UMS di Sabah) katanya bangunan yg tu lah tempat Maharaja dorang (cerita dulu lah ni...mengurung gadis-gadis yg baru ditangkap utk dijadikan gundiknya) tinggi kan?, klau mau melompat dari atas turun kebawah......macam nda dapat diselamatkan...:-)


C kakak time ni mengantuk tertido yg tu lah sebabnya dia ni bad mood....ambil gambar pun mana yg sempat ja..gambar di sebelah kiri ni pulak c ummi baru lepas menyusukan c kakak, terpaksa dok tepi jambatan ni, mau bagi kakak menyusu, rasa berat woooo dokong kakak time ni....apa taknya baju kami saja sudah berapa lapis, tu pun masih kesejukan. Masa kami tiba di Beijing nih cuaca nya mau tau berapa 3 darjah celcius......fuhhhhhh macam mau jadi ais. Kata Liew klau datang seminggu awal boleh lah kami merasa dan melihat salji , sebab minggu lepas salji turun. Dalam hatiku, nih baru cuaca winter yg tiada salji sudah terketar2 menahan sejuk apatah lagi klau ada salji ndaaaaaaaaaaa sanggupppppppp :-)'

Friday, July 10, 2009

Memori @ Greatwall China







Kenangan kami sekeluarga bersama rombongan kengkawan ketika berada di Negara China, ekceli dah lama berlalu, kami pegi pada 3 januari 2008 tahun lepas...................saja nak ditulis di sini al-kisahnya untuk memori akan datang, time ni kami sekeluarga masih bertiga. Ekceli ini adalah lawatan bersama dengan rombongan dari UMS, tapi aku bawa sekali anak, sebab kami kat China 10 hari.................alahhhhhh rasa nda sanggup berpisah ngan anak selama ituuuuuu ;)....ekceli berdebar-debar jugaklah c ummi...almaklum...............baru pertama kali ke negara orang, sudah tu kena pula time musim sejuk....grrrrrrr...sejuk teramat!!!!

Monday, July 6, 2009

Cerita Tentang Breastpumpku Yang BAnyak Berjasa

Kali ni aku mau bercerita pasal breastpumpku yang banyak menabur jasa hinggalah sekarang acctually kali pertama aku menggunakan pam spectra yg double pump style. Mau tengok gambarnya jap ya aku godek dan cari dulu mana-

mana klau ada gambarnya yea

-pandangan dari sisi






-pandangan dari hadapan

-pandangan dari atas


-Ni sebagai memori ku lah menggunakan breastpump spectra gambar2 ni memang gambar original bp (breastpump), ianya dah diletgo pada mac lepas, sekarang the owner pada bp ku yang pertama ini adalah orang penang, ku harap sebagaimana ianya banyak membantuku pada awal-awal masa ku berpantang dulu dapatlah juga ia menabur jasanya bagi tuan punya yang baru tu.....insyaallah.


Kini aku dah menjadi pengguna tegar bp medela free style atau nama manjanya 'fs'. Mula-mula beli dulu memang boleh tahan jugak berfikir panjang tau ajalah harga seribu lebih...hemmmmm mahallllllllllllll kan? Actually rasa bersemangat di hati mau mem bf kan anakku yg kedua. Anak ku yg pertama dahulu acctually aku pernah kecewa, sebab umur baby ku 3 bulan baru akau tercari-cari ilmu nak membf anak. Akhirnya aku tak berjaya masa tu,....seddeyyy kan dlm ati...




Ini pulak adalah gambar hasil susu yang dihasilkan pada waktu subuh sebelum bersiap ke sekolah. Time ni anak dah 4 bulan, alhamdulillah susu ibu masih ada, nampak tak gambar ni yang sebelah kiri aja yg dapat 5 oz manakala kat sebelah pula ciput, cam ni lah lumrahnya rezeki susu ibu anakku, yg sebelah kiri yang dapat banyak susu biasanya.





'fs' ku si kuning yng berjasa padaku


-Gambar jarak dekat 'fs' kesayanganku.


Koleksi Gambar Anak-anakku

Ni lah gambar permata hati c ummie c kakak ngan c adek, control ayu bah...chee wah!


Kakak & adek

C adek dalam pouch / penggendong brand moleygarden.com, beli daripada melor lah nie............


kakak dalam kereta



Adek main d katilnya




Tengok apa tu dik!!





==>>"susahnyalah mau tarik bear oren nih!!!"






Adek ngan ummi







Kakak masa umur 2 tahun lebih gambar tahun 2007, berlatarbelakangkan pemandangan gunung Kinabalu








Adek baru lepas mandi, c ummie baru siap pakaikan lampin coolababy color merah









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...