Friday, March 13, 2009

Storyku membreastfeeding anakku

Sebenarnya dah lama dalam ati nak bercerita sedikit kat sini, setakat utk kenangan dan juga ingatan untuk diriku sendiri. Ini sebenarnya adalah kali pertama aku menyusukan anakku secara ekslusif, anak pertama dahulu tak berjaya.....akibat jahil ilmu menyusukan anak ni....itulah aku. Anakku yg kedua ni kuharap berjaya lah 'projekku' menyusukan anak ni. Dan syukur Lillah setakat umur anakku ke hari ini aku masih dapat meneruskannya lagi.Aku bersalin anak kedua ni secara ceaserean, sebabnya bukaan rahim ku still 2cm walaupun sakit ku mau bersalin tu dari jam 5 pg hingga 10 malam.......akhirnya terpaksa lah Dr Ajaz kat SMC (Sabah Medical Centre) membuat decision utk membedah ku. Tepat jam 11.20 mlm lahirlah anakku Kaisah Sofiyyah. Punyalah takut masa hendak ke bilik bedah...bukan apa...aku sangka aku akan mudah bersalin macam anak pertama dahulu...3 jam aja aku kat bilik bersalin. Sebelum bersalin masuk ke bilik bedah aku dah pesan awal-awal pada nurse supaya tdk memberikan susu tin / susu formula kat anakku....(tau ajalah kan klau d spital swasta).Selepas bersalin bermulalah journey/adventure ku ( ku sebut adventure sbb menyusukan anak ni memang suatu cabaran besar dan memang banyak rintangan yg akan kita lalui) dengan sakitnya dari bekas luka jahitan yg baru selesai...memang boleh tahan cabarannya klau menyusu anak bg ibu yg bersalin ceasar ni.....(bersambung, mau balik dah esok lg kita cerita ya..)

No comments:

Post a Comment