Thursday, October 29, 2009

AJK Ex-Pra Sabah Reunion's Dinner

Assalamuallaikum Semua member ex Pra Sabah, berikut ni saya usahakan utk mengadakan AJK Pelaksana Program reunion kita ni,untuk pengetahuan semua senarai AJK ini dibuat adalah tanpa undian kerana tiada perbincangan dibuat, jadi senarai AJK adalah seperti yg tertulis di bawah SEGALA BENTUK KOMEN / CADANGAN perlulah disalurkan terus kepada kami di facebook ni.. atau boleh sms saya Pn Rahimah Zaman di 013-5586434 atau hubungi Pn Azrina Adnan di 016-8281238 atau tinggalkan komen di wall facebook atau di sini dibahagian mesej:-

PENGERUSI
EN. ASKA ACHBAR

TIMBALAN PENGERUSI
PN. HALIMAHTUS SAADIAH MAT SAAD

SETIAUSAHA
PN RAHIMAH BINTI ZAMAN

BENDAHARI
PN AZRINA BINTI ADNAN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

1)AJK HADIAH
SITI JUNAINEH SANI
NOOR HABIBAH OSMAN
ADO RANAU

2)AJK JAMUAN
AG ZULKIFLI AG AMAS
AZRINA ADNAN
SHAHIRAZAN MUHASIP

3)AJK PUBLISITI
ADE RIZAL PAHLEVI
LANGIT SALJU
INDERA SHAHRIL

4) AJK PENDAFTARAN
ROSLIZAH SUHAILIN
ERZA ROZANAH JAIM
5) AJK PA SISTEM
ANDY AYIM
FADLULLAH A. RAHMAN

6) JURU ACARA MAJLIS
PG ISMAIL
SUZANA ALI HASSAN

7)AJK AKTIVITI
AIDAH JAPININ
HASNI RISI
AZIMAH ABDUL AZID
NORAINI MAJID

Senarai AJK akan ditambah dari masa ke semasa bagi melancarkan segala perancangan. Kerjasama daripada semua ahli amatlah dihargai. Hubungi kami jika anda ingin terlibat sebagai AJK

**nota : perlantikan diatas dilakukan secara tanpa perbincangan dan undian. Senarai AJK dan ahli pengurusan akan berubah mengikut keperluan.

Yang Berusaha,
Pn. Rahimah Zaman
013-5586434

Wednesday, October 7, 2009

Just want to write something...

Pagi ni ummi pegi kerja macam biasa, sekarang ni pun dah sampai sekolah, kelas ada jam 9 nanti. Ummi tengah memikirkan c adek, dari last puasa ( minggu last posa) sampai lah sekarang ni masih lagi nda berapa sihat, ubat yang beli dari Doktor Purnama hari tu pun dah mau habis, tapi macam tu juga selsemanya...nasib baik nda demam. Adek batuk, selsema (dengan hingus yang mengalir-ngalir)...ciannkan anakku itu..ni yang otak ummi dan baba ligat berfikir nak buat mcmana.............

Dahlah 2, 3 malam ni dia nda boleh tidur, hidung sumbat nda dapat bernafas dengan baik. Hari ni ummi ada hati mahu bawa pegi jumpa Doktor Izuddin di SMC (Sabah Medical Centre) tahun lepas c ummie bawa jumpa ngan doktor ni, sebabbnya ntah dah antibiotik dan ubat batuk apa sudah yg dia makan, batuk macam tu juga berbulan-bulan tidak sembuh-sembuh. Adalah jugak c kakak batuk dalam 3 bulan lebih, at last tu yang ummi ikhtiar bawa pegi SMC. Time tu mana SMC pun ummie nda pernah tau, alhamdulillah lepas jumpa doktor Izuddin akhirnya sembuh jugak kakak.

Jadi tu yang hari ni ummi mahu bawa adek jumpa PAkar Pediatrik / Kanak-kanak ni, doakan anakku sihat ya kawan-kawan. Ku panjat doa pada Allah "Ya Allah sembuhkan lah penyakit anakku ini, cian anakku, jauhkanlah kami sekeluarga dari penyakit, Ameeen!"

So lepas ni ummi nak buat appointment dulu ngan Dr, insyaAllah petang nanti akan ke sana.

Thursday, October 1, 2009

Update Kisahku memBf C Adek


(Pic anakku dalam pouch ummi / penggendong baby masa ni umurnya 5 bulan)

Sedar tak sedar pada 25hb september lepas anakku sudah berumur 10 bulan, dan aku alhamdulillah masih lagi memerah susu dan membreastfeeding anakku, cuma c 'sahabat karibku' time posa hari tu dah menampakkan 'wajahnya' dan c ummi mula risau hasil tenusu jadi sedikit..........apa lagi sibuk sudah c ummi mencari domperidone di klinik Dr Florence ( itupun nasiblah jumpa jugak di situ) ............padahal sebelum ni c ummie sudah 2 kali membelinya di kk dekat farmasi cp........sediakan payung sebelum hujan konon hehehehe .....sekalinya bila hujan dah sampai kena beli juga 'payung domperidone tu'.








Setakat nih alhamdulillah hasil tenusu masih boleh dapat 7 oz, tapi kemalasan ku ini mahu diubahsuai jadi rajin, HARUSku memaksa diri ini!!!, doakan diriku dapat membf anakku hingga umurnya 2 tahun......insyaAllah...AMEEEn!! Kini bila sahabat karibku sudah berlalu pergi aku masih sambung makan fenugreek GNC ku itu, ianya masih merupakan keperluan ku yg sangat penting untuk memaintainkan supply susu nih.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...