Wednesday, October 7, 2009

Just want to write something...

Pagi ni ummi pegi kerja macam biasa, sekarang ni pun dah sampai sekolah, kelas ada jam 9 nanti. Ummi tengah memikirkan c adek, dari last puasa ( minggu last posa) sampai lah sekarang ni masih lagi nda berapa sihat, ubat yang beli dari Doktor Purnama hari tu pun dah mau habis, tapi macam tu juga selsemanya...nasib baik nda demam. Adek batuk, selsema (dengan hingus yang mengalir-ngalir)...ciannkan anakku itu..ni yang otak ummi dan baba ligat berfikir nak buat mcmana.............

Dahlah 2, 3 malam ni dia nda boleh tidur, hidung sumbat nda dapat bernafas dengan baik. Hari ni ummi ada hati mahu bawa pegi jumpa Doktor Izuddin di SMC (Sabah Medical Centre) tahun lepas c ummie bawa jumpa ngan doktor ni, sebabbnya ntah dah antibiotik dan ubat batuk apa sudah yg dia makan, batuk macam tu juga berbulan-bulan tidak sembuh-sembuh. Adalah jugak c kakak batuk dalam 3 bulan lebih, at last tu yang ummi ikhtiar bawa pegi SMC. Time tu mana SMC pun ummie nda pernah tau, alhamdulillah lepas jumpa doktor Izuddin akhirnya sembuh jugak kakak.

Jadi tu yang hari ni ummi mahu bawa adek jumpa PAkar Pediatrik / Kanak-kanak ni, doakan anakku sihat ya kawan-kawan. Ku panjat doa pada Allah "Ya Allah sembuhkan lah penyakit anakku ini, cian anakku, jauhkanlah kami sekeluarga dari penyakit, Ameeen!"

So lepas ni ummi nak buat appointment dulu ngan Dr, insyaAllah petang nanti akan ke sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...