Thursday, December 30, 2010

Maher Zain rekod lagu dalam bahasa Melayu

Hai kengkawan, ku mau share berita terbaik untuk Malaysian dari Maher Zain, baru tadi terbaca kat facebook dia tengah rakam lagu InsyaAllah dalam bahasa melayu...wah syiok lah lepas ni dengar Maher punya suara merdu tu dalam malay kan? jom tengok sini komen beliau (klik pada gambar di bawah ni)


Kita nantikan lagunya dalam bahasa melayu!!! :)

Sunday, December 26, 2010

Adakah pemakaian bra jenis berdawai boleh mengurangkan produksi susu ibu?

Soalan ni sangat berguna buat saya sebab saya pun tertanya-tanya juga (saya copy paste saja yek, sumber: http://www.pregnancytoday.com/ )

Question:


I'm planning to breastfeed my baby when it is born. (I am 4 months pregnant.) However, I have been told by some midwives that underwired bras damage the breast and will stop the lactation glands/ducts from forming properly. Other midwives tell me this is not the case and this type of bra is OK to wear in pregnancy. I have searched for information and research-based evidence on this topic but to no avail. What is your advice? Do you have any information I can read?

Answer:


The problem with underwire bras is that the wire will sometimes put pressure on an area of the breast that could cause a plugged duct. And the wires can come out of the casing and press where they don't belong at all!

The important thing to do is to get a good fitting bra, and if you are buying during pregnancy, it needs to be large enough to accommodate the increase in breast size that normally accompanies pregnancy and birth. Of course, much of that increase is due to the milk-producing glands and the milk getting ready for the new baby. There's also extra fluid, and usually, when your mature milk comes in (3 to 4 days after delivery), there's more than your baby will need. That will eventually settle down, and the extra fluid will leave as well.

So, bras need to be able to accommodate the increases during pregnancy, plus the increases due to extra milk and fluid production, and then the decreases after the first week or two. Some moms opt to buy bras during pregnancy and then again after baby arrives. Some buy bras that are a little bigger than necessary.

Whatever you do, get a good fitting bra. If you get an underwire bra, make sure it fits really well and that the wire doesn't put pressure anywhere. Don't sleep with this bra on!

Saturday, December 25, 2010

Apa itu Jaundis?

Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.


Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.

Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.

Paras kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi kerana kekuningan itu memberi isyarat, bayi perlu mendapat rawatan segera, tanpa mengira apakah puncanya.



Segera Dapatkan Rawatan

Apa yang penting, bayi perlu diberi rawatan di hospital secepat mungkin apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi. Apa yang penting ia boleh mengelak terjadinya kenicterus.

Kenicterus yang asalnya daripada dua perkataan Greek adalah nama yang diberikan kepada kerosakan otak akibat bilirubin yang berlebihan dan melekat di otak. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya, paras jaundis bayi adalah rendah kerana ia tidak begitu membahayakan.



Jenis Jaundis

Selain jaundis biasa terdapat sejenis jaundis yang dikenali sebagai jaundis fisiologikal.

Jaundis ini berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Pada kebanyakan bayi yang baru dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan akan pecah dan disingkirkan daripada tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini pula akan membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin membebaskan pigmen bilirubin.

Hal ini terjadi, disebabkan hati bayi yang baru lahir itu belum matang dan tidak mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Ini juga bermakna bilirubin ini tidak dapat disingkirkan dengan secepat yang dikehendaki lantas mengakibatkan jaundis.


Biasanya jaundis fisiologikal ini berlaku di kalangan bayi yang berusia 3 - 4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5 - 7 hari.


Punca Jaundis

Perbezaan kumpulan darah antara ibu dan anak juga boleh menyebabkan jaundis. Selain itu jaundis mungkin juga disebabkan sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD (Glucose-6-Phosphate- Dehydrogenase). Bayi yang menghidap jangkitan boleh juga mendapat jaundis. Bawalah anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Jaundis dan Risikonya


Ibu bapa diingatkan bahawa jaundis yang teruk boleh menjejaskan otak dan merosakkan otak bayi. Ia berlaku khususnya kepada bayi yang mempunyai sel darah merah yang abnormal, kekurangan G6PD dan Rhesus yang tidak sesuai dengan ibunya. Keadaan ini menyebabkan paras bilirubin menjadi sangat tinggi di dalam darah. Apa yang tidak diketahui sehingga ini ialah sama ada kerosakan otak akan berlaku juga pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal.


Terdapat bukti-bukti saintifik menunjukkan jaundis jarang berlaku pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal. Kebaikan paras bilirubin rendah mahupun ringan tidak dapat dipastikan tetapi sesuatu yang pasti, bilirubin mempunyai agen anti- oksidan namun kepentingannya tidak diketahui. Apa yang diketahui ialah paras bilirubin yang rendah tidak memudaratkan bayi. Majoriti bayi yang menghidapi jaundis yang teruk membesar menjadi kanak-kanak yang normal.


Bagaimanapun hanya segelintir yang menghadapi jaundis teruk semasa episod jaundis dan terdapat tanda penyakit itu, mempunyai risiko menghidapi cerebral palsy atau palsi serebrum dan pekak. Tanda-tanda penyakit palsi ini mungkin tiada sehinggalah bayi membesar dan berkembang.



Bayi perlu menjalani pemeriksaan dengan tekal oleh pakar pediatrik bagi mencari bukti kehadiran palsi serebrum. Biasanya pemeriksaan perlu dijalankan dua hingga empat kali setahun untuk tempoh dua tahun pertama. Bayi yang menghidap jaundis biasanya mengalami najis berwarna kekuningan atau kehijauan. Najis berwarna pucat di kalangan bayi itu memberi isyarat penting bagi anda untuk membawanya berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya.

Najis berwarna pucat bermakna terdapat penyekatan saluran hempedu di antara hati dan usus kecil. Jaundis biasanya tidak memudaratkan namun jangan diambil mudah. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Rawatan Hospital


Sekiranya bayi dimasukkan ke wad kerana jaundis, ia tidak mengambil masa yang begitu panjang atau lama. Selalunya bayi masih mengalami sedikit kekuningan tatkala dibenarkan untuk dibawa pulang. Bayi yang mendapat jaundis ini akan diberi rawatan di bawah sinar cahaya atau rawatan fototerapi untuk beberapa hari.


Kekuningan itu akan hilang dalam beberapa hari sahaja. Bagaimanapun adalah penting bagi ibu atau bapa memastikan jaundis yang dialami bayi akan pulih sepenuhnya selepas tempoh tersebut. Demi memastikan bayi bebas jaundis, ibu bapa atau penjaganya perlu membawa bayi seminggu selepas bayi keluar dari hospital.

Mengenai pengambilan susu kambing oleh bayi yang menghidap jaundis, perbuatan itu wajar dielakkan. Ini kerana susu kambing mengandungi zat-zat galian yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan susu badan.

Ibu-ibu dinasihatkan meneruskan penyusuan yang dapat membantu menurunkan kadar kekuningan bayi. Sememangnya susu ibu amat berharga dan terbaik dalam membantu mempercepatkan proses mengurangkan kekuningan pada bayi.

Setelah bayi mendapat susu yang cukup ia membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.

sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/


Komen: Pengalaman saya pulak anak pertama mengalami jaundis fisiologikal (ini kerana saya berdarah jenis O dan anak saya ygg baru lahir memang akan mengalami jaundis jenis ini. Yang ni tak teruk hanya berlangsung selama seminggu pertama umur anak sulung saya (anak sulung juga berdarah O). Anak kedua pula jaundisnya sangat lama untuk pulih hampir 3 minggu lebih, kesnya berlainan dengan kakak sulungnya , darah kami daripada jenis yang tidak sama saya berdarah O manakala anak darah AB (mewarisi darah sebelah Babanya).

Tuesday, December 21, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ni Mama sudah keluar dari wad, waktu tengahari tadi. Mudah-mudahan lepas ni kesihatan mama akan bertambah baik. InsyaAllah malam ni akan bertandang ke rumah di kg. Tidaklah jauh sangat acctually dalam 10 minit sampai dah di rumah kg. Ummi sekeluarga menetap di salah sebbuah taman perumahan yang ada di sekitar Pekan Beaufort ni.

Mungkin dalam 2, 3 hari ni adalah mood mau berjalan-jalan bawa anak2. Dorang pun dah semakin sihat.Cuti sekolah pun nda lama abis. Kaisah (c Adek dari 2/10 ari tu demam nda baik2, kejap2 makan ubat demam panas lagi badannya. sampai lah ke pertengahan disember baru ni baru lah baik demam. itupun setelah bertukar antibiotik. Sebelum ni Ummi dan Baba biasanya bawa anak2 jumpa Doktor di Klinik Purnama. Tapi dalam 3 bulan lepas..nda silap dia berpindah ke Membakut. Pergi ke poliklinik sakit tak pandai baik-baik...kadang sampai dua round (maksudnya kalau ubat da abis pegi lagi jumpa doktor dekat poliklinik tu kali kedua) makan ubat...sian anakku bosannya asyik makan ubat,,,tapi penyakit nda hilang. Jadi ni kira peringatanlah ngan Baba dan Ummi kalau anak-anak sakit terpaksa juga bawa ke Klinik Dr. Purnama di Membakut.

Sunday, December 19, 2010

Admitted Hospital

Lewat petang tadi kira2 jam 5 petang, ku dapat miscall dari no telefon bapa, pastu dapat sms lagi bgtau yang mama ku berada di emergency Hospital Beaufort, ku call semula adik yg angkat diorang ada di hospital.....sian juga mama...dia ampus (bahasa sabah bermaksud lelah) x dapat bernafas dengan baik. Nasib baik di rumah di kg ada adikku di rumah...kalau nda sapa lah yang hantar mama pegi hospital. Dalam beberapa bulan kebelakangan ni mama memang nda berapa sihat.

Kalau dulu hanya makan pil untuk sakit darah tinggi, sekarang ni pulak ada lemah jantung sebab tu ada masa dia jadi ampus. Dan setelah diberi rawatan dan x-ray, mama diperiksa doktor untuk dimasukkan ke hospital. Tu pun masa di wad tu mama diberi bantuan pernafasan melalui saluran tiub ke hidung.

"Ya Allah Ya Tuhanku berilah kesihatan dan kesembuhan buat Mama ku mudah-mudahan mamaku akan beransur sembuh...Amin."

Monday, December 13, 2010

Cerita bf lagi...

Agak lama juga ku tidak bercerita tentang kisah ku menyusukan anakku c Adek. Adek masih menyusu lagi, tapi hanya untuk comfort saja bila mau tido malam biasanya. Kalau siang jarang juga dia mau nenen kecuali dia memang resah nda boleh tidur. Umurnya sekarang sudah 2 tahun 2 minggu 4 hari. Tapi bila ummi try menitiskan air susu...memang ada sikit saja itu pun kental kekuningan, terlalu sikit sampai mau tengok setitis betul2 tu pun agak susah...ya...ku merasakan susu sudah tidak ada, tambahan pula usia kandunganku yang sudah masuk ke trimester kedua, sudah 5 bulan.Daripada pembacaan ku ketika ini produksi susu ibu akan semakin susut.

Alhamdulillah target untuk sampai menyusukan c adek hingga usianya 2 tahun kesampaian jua dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Ntah macamana Ku mau menceraikan susu untuk c adek, agaknya biar masa aja yang menentukan, biarlah sampai Adek sendiri yang mau bercerai susu dengan Umminya.


Sunday, December 12, 2010

Saturday, December 4, 2010

Homemade Cloth Pad

Pernah dengar tentang cloth pad? cloth pad ni sebenarnya kalau istilah kita di Malaysia ni tuala wanita versi kain :), tapi macam juga cloth diaper moden ianya tidak akan 'tembus' ke pakaian luar kita sebab menggunakan fabrik kalis air sama seperti clothdiaper moden, kalau kalian google pasti jumpa tu dengan cloth pad versi kain. Selain ianya versi kain ianya juga adalah reusable (boleh dipakai berulangkali dan boleh dibasuh malah tahan lasak dan tak mudah koyak macam disposable pad (tuala wanita pakai buang yg banyak berlambak di pasaran. Sebenarnya dah banyak site yang bincang tentang kebaikan cloth pad, ummi just nak share cloth pad yang ummi dah jahit hehe so ini lah hasilnya, yg ummi buat ni jenis overnight pads / boleh digunakan semasa aliran darah haidh agak 'lebat', insyaAllah nak tambah lagi dan kalau ada kesempatan ummi nak share jugak pictorial (tutorial bergambar) cara menjahit cloth pad.


cloth pad ni sebenarnya banyak dijual di pasaran tapi kebanyakannya secara online cuba tengok gambar2 cloth pad yg kiut miut ni...ehm hati pun tertawan mau guna

Saffa Cloth Pad (made in malaysia) kunjungi Saffa Online Store
Mama Patch Cloth Pad KLIK SINI

Sini plak ada beberapa pictorial berbahasa inggeris daripada mama-mama di oversea sana jom kita jenguk!
KLIK SINI okie dokie selamat bercloth pad dan kalau teringin menjahit tu..jom kita jahit sama2 hehe

Wednesday, December 1, 2010

Gelagat anak-anakku bercuti di rumah

Ummi mau letak gambar ja dulu. Nda larat sudah mau bercerita..penat sangat dari airport KK tadi menanti kepulangan jemaah haji yang baru balik dari Mekah (Abang Ipar-tp yg tu next time ja lah ya cerita)..tu yg nda larat, ok kita cuci mata saja dululah ya tengok gambar anak-anakku.




Sunday, November 28, 2010

Projek Krastangan!

Napa lah agaknya ummi bagi tajuk tu yek? Hmm cuti sekolah ni ummi rasa macam mau meluangkan masa menjahit sambil bercuti-'muti' hehe. Projek krastangan ni diberi nama gitu sebab ummi ni bukanlah pandai sangat menjahit tapi berminat. Ada masa tu ummi pegi surfing the net cari-cari tutorial jahitan yang ummi boleh buat. Ada beberapalah yang ummi sdh siapkan antaranya cloth pad 2 helai  (persediaan untuk lepas bersalin nanti-kira mau tambah lagi tu, nanti tgk 'kerajinanku' itu ya!) Sarung bantal 2 biji dah siap. Barut Bayi stail baru...antara banyak2 ni barut bayi ni yang paling cepat siap sebabnya ni dah lama ummi buat, kiranya sebab selalu praktis buat jadi boleh lah membiasakan tangan. Nanti ada kesempatan ummi mau belajar cara pasang zip pulak. ni antara website yang ummi mau pelajari:-

1. Cara jahit zip
2. Sew Mama Sew
3. The Sewing Diva

Thursday, November 25, 2010

Selamat Hari Lahir Anakku

Hari ni 25/11/2010 genaplah usia c adek 2 tahun. Adek lahir pada 25hb November 2008 pada jam 11.25 malam secara ceaserean. Hari ni genap sudah usia mu 2 tahun nak..
Tiada kata yang mungkin dapat menggambarkan perasaan Ummi saat adek lahir dulu dengan kelahiran secara emergency cesar dan ummi sangat tidak menyangka saat itu, almaklum semasa kakaknya dulu lahir secara normal. Tapi c adeknya secara cesar, tapi semua itu ada hikmahnya Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Ummi ucapkan selamat hari lahir moga adek membesar dengan sihat dilimpahi  kasih sayang serta rahmat Allah SWT, jadi anak yang solehah..InsyaAllah, dan yang pasti semua yang baik-baik saja ummi dan baba doakan buat mu Dek "SELAMAT HARI LAHIR"




Wednesday, November 24, 2010

Teknik bernafas untuk pelahiran




Bernafas dan bernafas terlebih

• Corak pernafasan untuk perlahiran

• Teknik pernafasan mudah

• Sokongan semasa pernafasan

• Bernafas dan meneran

• Bernafas dan bukan meneran


Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran
Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah
• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan
Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran
Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran
Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Kaedah Pelahiran (Bersalin)


Pelahiran dan Kelahiran

Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
 
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.

Kelahiran Palsu
 
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:


-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.


-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalanjalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.


-
Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.


Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.
     
Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.


-
Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian
bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.


Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.


-
Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir

Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.


-
Pancutan atau lelehan dari rahim

Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.


Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Di Hospital

Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.

Orang yang memberikan sokongan

Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
 
Peringatan kepada bapa
 
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.
 
Peringkat pelahiran

Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.

Peringkat Pertama:

Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.

Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:




1.
Pelahiran Awal:





Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.
 
Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dankesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.

Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.




2.
Kelahiran Aktif:





Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit
dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.
 
Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahanlahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan
menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.



Peringkat Kedua
 
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj.
 
Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.

Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.

Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor
mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.

Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan

Episiotomi
 
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.

Peralatan yang digunakan semasa bersalin
 
Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .

Persediaan pelahiran
 
Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.

Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.

Pembedahan Caesaerean
 
Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.

Bayi Songsang
 
Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.

Selepas Bersalin
 
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.

Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.

Bilik Pemulihan
 
Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.
           

Jalan-Jalan @ KK

Ehem sekarang sudah musim cuti sekolah. Hari Isnin lepas berjalan2 ke KK sambil-sambil pergi bayar itu dan ini, sambil tu jugak bawa anak-anak berjalan-jalan..hehe setakat ni pun paling jauh di KK saja kami pegi entah kalaau rasa rajin mau pigi juga ke Gunung kah :) mau merasa kenyamanan udara di sana fuh best juga kalau dapat tengok pemandangan di Kundasang.
Yang ni pemandangan dalam kereta, c kakak ngan adek 'pengsan' kat belakang layan mengantuk!


Lenanya tidur! :)
Mimpi sampai ke mana agaknya....

Tidur gaya bebas :)             


Sempat juga singgah di Masjid Bandaraya Likas, hai anak-anakku buat apa tu? :)

Lorong tempat ambil wudhuk wanita

Senyum sokmo!

Ruangan solat wanita

Wah sapa yang bergaya ni!

Kek Harijadi Yang Pink Kaler!!

Salam dan hi buat semua pengunjung blog ummi.
 Sajalah ni mau memenuhi masa lapang sambil-sambil mau menulis di sini. Tahun ni C Baba belikan ummi kek pink kaler yang sangat terang! apa maksudnya tu baba? mau suruh ummi ceria-ceria selalu kali aah... walau usia kita semakin bertambah hehe

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Lahir Ummi



Terima kasih buat rakan-rakan fbku yang mengucapkan salam hari lahir, moga kalian juga akan diberkati Allah dan sentiasa dipayungi rahmat-Nya..InsyaAllah


Salam Aidil Adha

Raya aidiladha sudah berlalu beberapa hari, alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya utk menyambut raya aidiladha. Raya haji kali ni bapa mertua menumbangkan lembu seekor dan sebahagiannya dari dibuat jamuan kenduri. Lepas solat raya saja c baba di Masjid Beaufort kami terus bergegas ke kampung utntuk sama-sama membuat persiapan kenduri pada waktu malamnya pula. Tidak lupa juga kami sekeluarga mendoakan abang ipar yang sekarang berada di Mekah untuk melaksanakan ibadah haji, moga-moga saja mendapat Haji yang mabrur InsyaAllah. (Entri ni agak terlambat, al-maklum hujung tahun ni mau bercuti sekolah, jadi kerja pun berlambak-lambak mau dibuat, nda sempat mau mem'post' :)

Saturday, November 13, 2010

KEISTIMEWAAN SUSU IBU


Ibu yang menyusukan anaknya


UNTUK BAYI

1. Oleh kerana susu ibu bersifat anti-jangkitan penyakit, bayi yg menyusu cenderung untuk kurang mengalami simtom penyakit seperti jangkitan telinga, penyakit berkaitan paru-paru, alahan, diarrhea atau cirit birit, dan muntah-muntah.

2. -Susu ibu mudah hadam, jadi bayi menyusu jarang sekali mengalami sembelit

3. -Najis bayi yang menyusu susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu susu formula

4. Sindrom SIDS (Sudden Infant Death Syndrome @ Mati mengejut) kurang berlaku terhadap bayi menyusu ibunya

5. -Istimewanya susu ibu, komposisi kandungan di dalamnya sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan bayi, mengikut tahap perkembangan dan umur bayi. Ia mempunyai kombinasi khasiat yg tepat seperti kandungan protein, lemak, vitamin, mineral, enzim dan gula yg diperlukan oleh perkembangan bayi tersebut.

6. Bayi yang menyusu dapat menikmati kepelbagaian perisa melalui susu ibu, kerana bila ibu makan pelbagai makanan seimbang bayi juga dapat merasainya melalui susu ibu yang diminum.

7. -Bayi menyusu susu ibu kurang risiko berisiko kepada penyakit Radang sembelit dan penyakit kencing manis pada usia muda (Type 1 Diabetes is called Juvenile Diabetes as the onset of it begins in childhood. Children diagnosed with juvenile diabetes are insulin dependent- http://chinese-school.netfirms.com/diabetes-juvenile.html)

8. -bayi yg menyusu susu ibu kurang kemungkinan untuk melakukan rawatan orthodontic seperti pendakap gigi kerana keunikan corak hisapan melalui penyusuan susu ibu tidak mengakibatkan susunan gigi bayi berubah. Secara keseluruhan bayi susu ibu mempunyai gigi yang sihat berbanding bayi susu formula. Bayi susu ibu juga jarang sekali memerlukan rawatan speach therapy berbanding bayi susu formula.

9. -Mengikut kajian secara puratanya IQ level bayi susu ibu adalah lebih tinggi (sila rujuk: http://www.sciencedaily.com/releases/2007/11/071105171949.htm)

10. -Anak perempuan yg dewasa dan semasa bayi disusukan dengan susu ibu kurang berisiko menghadapi kanser payudara

11. -Org dewasa yang menyusu susu ibu ketika bayi, rendah risiko mempunyai kolestrol yang tinggi dan penyakit asthma

12. -Penyusuan susu ibu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak





UNTUK IBU

1. -Penyusuan terus setelah selesai proses pelahiran dapat mengurangkan risiko pendarahan yang banyak bagi ibu yang baru melahirkan

2. -Rahim ibu yang menyusukan anak mereka akan mengecut lebih cepat seperti saiz rahim semasa di awal proses mengandung.

3. Pembakaran kalori terjadi semasa proses penyusuan. Secara puratanya 20 kalori diperlukan untuk menghasilkan satu aun (1 oz) susu ibu.

4. Penyusuan susu ibu selama paling kurang 6 bulan mengurangkan kepada risiko kanser payudara pre-menopausal

5. -Kurang risiko mengalami osteoporosis dan kanser servik

6. -Tempoh kesuburan tertangguh ketika proses penyusuan

7. -Lebih penjimatan dengan susu ibu berbanding kos pembelian susu formula untuk setiap bulan

8. -Susu ibu sentiasa tersedia, bersih dan mempunyai suhu yang bersesuaian

9. -Ibu merasa suatu kepuasan bila memikirkan hanya melalui si ibu saja si bayi sudah mendapat khasiat yang mencukupi sesuai dengan keperluan perkembangan bayinya.

Thursday, November 11, 2010

Majlis Ihtifal (PASTI) Kakak

Assalamualaikum semua apa khabar? harap semuanya khabar baik belaka di penghujung tahun 2010 ni. Hari ni ummi mau bercerita tentang Majlis Ihtifal (PASTI) kakak, PASTI tu singkatan untuk Pusat Asuhan Tunas Islam. Kalau tahun lepas graduasi tadika kakak semasa umurnya 4 tahun dibuat di Putatan, masa tu kakak sekolah tadika di Taski Hidayah (Taski Kelolaan Abim), tahun ni kakak pula bergraduasi tadikanya (tahun ni kak pindah ke tadika Pasti-sebab dekat sikit dengan rumah, senang baba nya menghantar ke sekolah) untuk umur 5 tahun di Beringgis Papar.

Alhamdulillah kalau tahun lepas dapat tempat kedua terbaik di kelasnya, tahun ni pulak dapat tempat pertama dari exam awal tahun hinggalah akhir tahun ni. Ummi doakan moga kejayaan akan sentiasa mengiringi dirimu Nak..insyaAllah...

Di sini ummi kongsikan bersama gambar kenangan kakak menghadiri Majlis Ihtifalnya.



Senarai Nama Pelajar terbaik yang bergaris merah tu nama kakak

Oh happynya orang mau terima hadiah

Haa C adek pun nda ketingggalan turut serta 'sesi penggambaran' dalam kereta

Ummi & kak dalam perjalanan ke papar

Peraduan Mewarna-kakak dapat tempat keempat

Kakak terima hadiah tempat pertama pelajar terbaik kelas 5 tahun

Kakak & Batrisyia

Ummi & anak-anak, sebelah kakak tu sepupunya Batrisyia

Persembahan Nasyid dari Tadika Pasti Baitul Hikmah Beaufort
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...