Thursday, April 29, 2010

(ni mau berkongsi info tentang kebaikan susu ibu, acctually dapat artikel ni dari http://harlindahalim.blogspot.com/ - artikel ini sebenarnya diambil dari akhbar Utusan- Jom kita baca :)


Bayi Susu Ibu IQ Tinggi

Oleh : Zuhayati Yazid


SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun. Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.


Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula. Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.


"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.


"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.


Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.


Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan. "Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.


Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.


"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.


"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.


"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal.


"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.


Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.


"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.


Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.


"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.


"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.

Friday, April 9, 2010

Selamat tinggal buat Breastpumpku yang sangat berjasa….

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Kenapa? Apa lagi asyik sibuk dengan kerja, my webstore, dan blog webstore…sampailah blg personal ku ini dianaktirikan kasihan sungguh bunyinya  . Kalau dulu tujuan ku membuka blog ini untuk mengabadikan kenangan ku menyusukan secara ekslusif anak ku yang kedua Kaisah Sofiyyah,nampaknya entri kali ini pula aku mau membuat penutup kepada kisah ku mengepam susu di tempat kerja. Sebenarnya tiada lagi rutinku mengepam susu di tempat kerja untuk si manjaku minum di rumah. Sementelahan dari bulan Januari (tu pun hanya semingu or 2 minggu dalam bulan januari-c adek mahu menyusu dari botol susu) c adek sangat allergic dengan bayang botol susu. Almaklum c ummie ni kerja guru jadi cuti sekolah penghujung tahun tu, ummi bagi Adek direct feeding saja, botol susu cuti sepenuhnya.


Tapi mau tau cerita? bila musim persekolahan kembali, anakku tidak mahu menyusu dari botol, sanggup tunggu umminya balik dari sekolah baru lah dia dengan ‘Projek Mega’nya itu…alahai…di sepanjang penantiannya tu hanya mau minum air jarang (air masak) menggunakan cawan. Nama botol walau isinya diletak air masak dia tetap nda mau minum. Macam anakku rasa geli dengan puting susu botolnya tu. Nasib baiklah anakku sudah setahun lebih dan sudah boleh makan. Jadi zat lain tu bolehlah dia dapat dari pemakanan. Dan bila ku balik dari sekolah memang nda mau berenggang sama umminya. Bukan ku tidak mencuba memberikannya minuman selain susu..yang penting dia masih dapat khasiat untuk pembesarannya, tapi huhuhu walau ku beri horlicks, milo (asal dia nampak berkaler…dia nda mau minum dari botol atau dari cawan)


So di sini ada beberapa gambar yang akan jadi kenangan ku sampai bila-bila (ya inilah pengalaman ku menyusukan secara ekslusif anakku tanpa bantuan susu lembu aka susu tin), dulu masa c kakak masih bayi (seawal umurnya 3 bulan-aku sdh start berkerja) aku sangat cetek ilmu tentang bf ni, sampaikan aku boleh kata “alah tipu saja boleh perah susu banyak-banyak sampai satu botol…padahalnya time tu aku baru perah 2, 3 kali iyalah susu hanya keluar 2, 3 titik…dah tu pam susu pulak aku beli harga bukan puluh2 tapi mencecah ratus, so aku harap sangatlah pada pam beratus tu hehe, padahalnya perlu juga ada kemahiran dan juga supplement lain. (Alhamdulillah time 2nd doter ku guna macam-macam supplement, seperti milkmead tea, sacred tea, dan akhirnya fenugreek yang serasi denganku hingga membantu sampai sekarang-tapi sekarang nda rajin makan pun fenugreek -alhamdulllah susu masih ada dan masih lagi menyusukan secara direct feeding)memerah susu sudah berhenti sejak bulan febuari lagi.


Banyak lagi kan? apakan daya anakku nda mau minum guna botol lagi..
                                                                                                                     4. Sesi membasuh..
5. Botol susu siap dibasuh beserta aksesori

3. Atas sinki




1. Dalam freezer==>



2. Mau dekat sinki sudah..ambil gambar jap buat kenangan..

Tuesday, April 6, 2010

Salam Perpisahan Untuk Selamanya....

Entah malam ini mata nda berapa mengantuk. Rasa seperti mahu meluah rasa sebentar di sini..ya di mana lagi di sinilah bertemankan keypad laptop ku ini. Awal pagi ni aku sangat terkejut dengan berita yang disampaikan suami, lewat telefonnya dari sekolahnya di St Paul. Yang pasti bukan berita gembira tapi berita mengharukan dan menyedihkan berita berkenaan pemergian untuk selama-lamanya rakan sekerja kami di SMK Gadong....


Ianya sangat mengejutkan hati, walhalnya itu lah...bila sampai masanya 'dijemput' tiba tidak kan mungkin ianya mengira usia, masa atau ketika, bersedia atau pun tidak semuanya atas pengetahuan Yang Maha Mengetahui akan segalanya....Subhanallah..Maha Suci Allah atas Kuasa Nya. Pemergian arwah meninggalkan isteri dan anak-anaknya (ku doakan saja moga2 Kak Mar dan anak-anaknya tabah menghadapi ujiannya...InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...