Saturday, May 15, 2010

Piala Uber: China kecundang ditangan Korea Selatan

Oleh Qayum Rahman




KUALA LUMPUR: Skuad gergasi China kecundang dalam mempertahankan Piala Uber setelah tewas 1-3 ditangan Korea Selatan dalam perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini petang tadi.

Pemain perseorangan pertama juara bertahan itu Wang Yihan gagal menewaskan pemain Korea Bae Seung Hee kerana kekurangan stamina hingga tidak mampu mengikut rentak permain lawan.

Wang Yihan, yang juga pemain pertama dunia, kalah 23-21,21-10 seterusnya memberi mata pertama kepada Korea Selatan untuk mendahului perlawanan.


Pasukan regu pertama Korea Lee Hyo Jung-Kim Min Jung terus cemerlang memberi mata kedua kepada Korea dengan kemenangan 18-21, 21-12, 21-15 menjadikan Korea mendahului China 2-0.


Bagaimanapun China bangun merapatkan jurang melalui pemain perseorangan kedua mereka Wang Xin yang mengalahkan Sung Ji Hyun dengan kemenangan 21-14, 16-21, 21-7 menjadikan keputusan 2-1.

Tetapi nasib terus menyebelahi pasukan Korea berikutan regu kedua mereka Lee Kyung Won Won-Ha Jung Eun terus mencuri mata ketiga menewaskan pemain China Du Jing-Yu Yang dengan keputusan 19-21, 21-14, 21-19 sekaligus memberi kemenangan mutlak kepada Korea Selatan menjuarai Piala Uber buat kali pertama.

Kualiti permainan terbaik yang dipamerkan pemain Korea Selatan jelas menunjukkan sememangnya mereka layak untuk memenangi Piala Uber kali ini.


China yang menguasai tahta Piala Uber selama lima kali berturut-turut terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan Korea Selatan yang berjaya merampas gelaran juara pada hari ini.
(adapted from: http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=4291)

Malam tadi Baba dan Ummi tengok perlawanan final Piala Uber ni, bukan apa kiranya mau meyokong Korea...sebab malam sebelumnya patah hati (hehe) Malaysia kalah dalam separuh akhir piala Thomas. Fuhhh!!! memang respek dengan pemain Korea, berusaha sedaya mungkin walau kalau tengok pada ranking pemain China adalah ranking teratas dunia...Ni lah yang dikatakan "Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan". Anyway Congratulation to all Korean Player -especially yg women lah sebab sukses!! Piala Uber)

Ni lah wajah-wajah kemenangan Pemain-pemain wanita dari Korea Selatan:
(Kemenangan penentu yang menyumbang mata ketiga: Beregu Kedua Korea)-Punya lah penat dorang main sampai satu jam lebih, kami yg tgk depan tv rasa macam dekat ja dengan stadium putra hehe.)

(Yang tengah ni pemain beregu pertama Korea yang menyumbang mata kedua mengalahkan pemain beregu wanita No. 1 dunia dari China)

(Fuh memang berbaloi kemenangan ini buat Korea, sengsara sungguh mereka mengalahkan Pemain China dan kualiti permainan mereka pun bagus, bukan Pemain China tak bagus...tapi keazaman dan tekad di hati para pemain inilah yang juga menyumbang kemenangan-Tahniah Korea!!! kemenangan julung2 kali buat mereka)

No comments:

Post a Comment