Wednesday, June 30, 2010

Winter Sonata Fame Park Yong-Ha Died

Tadi lalu lalang sekejap di Fb, ada ternampak pos kengkawan yang bagi Komen pasal kematian Park Yong Ha atau pun kalau nda kenal nama ni ingat lagi dengan Drama Korea winter sonata yang glamer habis di tayangkan di TV3 dulu-dulu tu? Haa dia lah yang mainkan watak Kim Sang Yuk. Alkisahnya mendiang ni membunuh diri dan semasa di tempat kejadian berlaku (di rumahnya) terdapat wayar charger telefon untuk kereta berdekatan dengannya. Dia ni lahir pada 12 Ogos 1977( rujuk sini ) baru 32 tahun...hemm apa nak jadi ya? Berikutan kejadian ini peningkatan kes bunuh diri di kalangan artis Korea semakin meningkat (boleh baca berita selanjutnya di sini KLIK 




Friday, June 25, 2010

Contest: @ Crazyartzone Dot Com

.




Hai semua, tengoklah c ummi sekarang dah rajin betul join contest hihi :). Kali ni Ummi nak join contest di website Maya (ummi suka ke blog maya nih sebab macam-macam hasil jahitan / kraftangan yang cantik2 ada kat sana, kalau rajin nak bellajar menjahit ada jugak postnya yang memberikan panduan dan tunjuk ajar cara menjahit macam-macam jenis pakaian budak-yg ni ku pernah baca hehe)

so kali ni beliau nak beri hadiah Giveaway bersempena dengan sambutan hari lahirnya pada 25 Jun ini hadiahnya best hohoho


Hadiahnya berupa reversible tote-bag untuk pemenang bertuah utama


Dan sepasang bookmark untuk pemenang bertuah kedua dan ketiga.


best kan? mau tau info lanjut tentangnya atau nak join jugak? jom klik SINI

Tuesday, June 22, 2010

Update: Cerita diet

Inilah cerita diet si ummi, hajat di hati bukanlah mau jadi selim menyelim tapi mau jadi sihat, almaklum badan sudah tua...hanya ni lah ihktiar yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kesihatan. Ya..manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Yang bestnya org rumah pun support, terima kasih abang! dan kami berdua kini sama-sama berusaha mau mengurangkan berat badan yang over da limit ni!! :)

Hari ni adalah kali ketiga c ummi pegi update timbangan berat badan di tempat coach Herbalife ummi, Hasilnya??? alhamdulillah, kalau lihat ticker di atas blog ummie ni berat dah mengurang sikit...dan jumlah pengurangan tu dalam 4.9 kg,,,, ni hasil dalam 3 minggu ummi berada dalam tempoh mengurangkan berat ni sejak 17 mei hari tu.

Hermmm...doakan c ummie berjaya ya!! InsyaAllah... di mana ada kemahuan di situ ada jalan....

Friday, June 18, 2010

Daddies Cute B'coz of Me Contest

Hi semua, hari ni saya berkesempatan dan berminat nak menjoin contest ni, jum kita tengok :)

Bersempena dengan pembukaan blogshop mereka kedai Online Cute Kiddy Kiddy telah menganjurkan satu contest khas untuk pelanggan mereka iaitu..




"Daddies Cute B'coz of Me Contest"



Berminat nak join? jum lah kita meriah2kannya sila klik sini untuk INFO CONTEST 

Jalan-jalan Ke Gunung Kinabalu

15 hb Jun 2010 baru ni kami sekeluarga (empat beranak ja hehe) jalan-jalan ke Kaki Gunung Kinabalu, ekceli saja jalan-jalan membawa anak-anak. So kami di sana di Kundasang (Pekan yang terdekat sekali dengan Gunung Kinabalu) 2 hari satu malam. Hari selasa datang esoknya balik.

Tidak seperti selalunya kami ke sini, kali ini pemandangan Gunung Kinabalu tidak kami rakamkan. Ke Hot Spring pun tidak. Tapi kami ambil kesempatan jalan-jalan ke Mesilau Sanctuary Resort..tempat ni betul-betul bersebelahan dengan kaki gunung Kinabalu...sambil tu menyempat juga kami ke puncak Perkasa Hotel saja-saja :), jom kita tengok gambarnya...


Thursday, June 17, 2010

Perceraian Sultan Brunei Dan Azrinaz Mazhar Hakim

Tengah ummi surfing internet pagi ni, ummi ternampak berita ni kat blog kengkawan lain,, hrmm agak mengejutkan ya..

di bawah ni beritanya ya, Ummi dapat dari Kosmo (Give credit to http://www.kosmo.com.my/kosmo/)

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.


Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu.

Semasa membuat pengumuman tersebut, beliau lengkap berkot dan bersongkok dan menyampaikan berita yang mengejutkan itu dengan tenang.

"Maka pada petang Rabu tiga haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 Masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pangeran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar," katanya.

Beliau turut mengumumkan semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah telah ditarik balik mulai tarikh perceraian.

Pada pengumuman khas itu, beliau menyatakan perceraian itu dilakukan atas sebab-sebab khas tanpa memberikan butiran lanjut.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa perceraian itu dibuat dengan dipandu dan ditentukan dengan hukum syarak dan menepati ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah dari sebahagian ayat 229 iaitu menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan baik.

Pengumuman itu dibuat selepas tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka di Bandar Seri Bagawan.

Menurut agensi berita AP, ia merupakan perceraian yang kedua buat Sultan Hassanal Bolkiah yang mempunyai anggaran kekayaan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM65.25 bilion).

Baginda bercerai buat pertama kali dengan seorang bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz yang mempunyai darah keturunan Brunei, Jepun dan Scotland pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.


Putera sulung baginda, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah kini merupakan Putera Mahkota dan bakal mewarisi tampuk pemerintahan.

Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.

Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah menjadi legenda di kalangan golongan kaya.

Semasa bermain polo dengan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera Charles, kasut baginda untuk bermain polo telah dihantar dengan menggunakan helikopter. - Agensi




FATHER'S DAY CONTEST - A Special Bond

"FATHER'S DAY CONTEST - A Special Bond"



"Dialah Baba anak-anakku..sesungguhnya...ikatan kasih sayang dan perhatianmu sentiasa menyinar di hati kami.."











Saturday, June 5, 2010

Win Cloth Diapers from baby-mel & Knickernappies!

 Hi!! Today I found this giveaway while I am surfing through the internet, really admired this diaper, so I made a decision to join it! ya..wish I could win it (hehe), so erm just trying my luck anyway :) , so let us read about this giveaway!

This contest organized by Clothdiaper Malaysia and sponsored by Baby-mel & Knickernappies

A Giveaway: Win Cloth Diapers from baby-mel & Knickernappies!

These Knickernappies pocket diapers are side snapping, and comes with 2 inserts. They are 100% Made in USA. They are also One-sized! The unique side snapping feature allows more flexibility for baby’s movements. It also provides baby a smooth tummy appearance and the material is very soft. This doesn’t bulk over the stomach and creates comfort for tummy sleeper baby.
*THREE (3) lucky winners will win a Knickernappies One Size Pocket Diaper worth RM89 each!*
Giveaway date is from 11th MAY 2010 until 11th JUNE 2010.
Open to those with Malaysian addresses only!

for futher information please click HERE


Ready??? Go!!!!


Macam lucu saja tajuk hehe. Oh ya mau bgtau nya nilah cerita ummi nak mengurangkan berat badan. Sebab rasa sudah terlampau over limit. Ya lah manusia hanya merancang Hanya Allah Maha Tahu apa yang bakal terjadi...doakan Ummi istiqomah berdiet ya. Jadi ceritanya hari ni merupakan minggu kedua ummi pegi jumpa coach diet Herbalaife Ummi, nda jauh...sana saja di Pekan Beaufort.

Minggu pertama atau kali pertama ummi pegi menimbang berat badan ialah pada minggu sebelum minggu lepas (malas lah tu mau mengingat tarikh...yg pentingnya sudah dua minggu). Starting berat ummi ialah 75.5 kg...fuhhhh berat betul sudah ummi nih...memang dari muda jarang juga kurus menyelim apa lagi sejak beranak pinak ni makin menjadi-jadi badan. So minggu pertama tu ummi kurang sehingga 74.2 kg, kemudian untuk minggu ni penimbangan kali kedua dan untuk minggu kedua berat ummi turun dalam 71.7 kg (turun 2.5 kg)

Acctually masih terlalu awal lagi untuk sampai ke berat yang dihajatkan. Kena berusaha giat maju ke hadapan lagi ok ummi!!. So untuk minggu kedua ni Coacher ummi sarankan beberapa perkara penting antaranya:
-Jangan berlapar
-Mesti minum teamix 1.5 botol (yg sudah dibancuh) sehari dan semestinya kena balas dengan satu botol air putih dengan kuantiti yang sama
-Banyakkan makan sayuran hijau
-banyakkan minum air putih
ehm apa lagi ya???....yg lain tu macam biasa lah kurangkan makanan berlemak,minyak dan sebagainya
dan hari ni dapat info terbaru jangan sesekali gandingkan lepas minum teamix dengan susu serbuk (Sebab Herbalife ni dia ada pelbagai fungsi mahu Gain Weight atau Loss Weight, so kalau Loss Weight jangan combine dgn susu tapi kalau nak sebaliknya tambahkan berat boleh combine dengan susu tepung.

ok semoga berjaya!!

Friday, June 4, 2010

Alhamdulillah Syukur Lillah...


Kenapa entri ini atas tajuk tu ya? ha ada pasal lah tu. Hari ini adalah hari ulang tahun pernikahan ummi dan baba....tu pun baru malam ni ummi teringat. Tu pun bukan ingat sendiri tapi c baba yang mengingatkan....terima kasih abang yea, ummi sudah ingat-ingat lupa tarikh bersejarah (tapi bukan lupa jalinan mahabbah antara kami ya ) just iyalah terlepas pandang tarikh tu saja.

Sedar tak sedar sudah enam tahun kami bersama, mengharung segala suka dan duka. Menempuh hari-hari mendatang bersama dan alhamdulillah sesungguhnya segala perjalanan itu dapat ditempuhi dengan sabar. Ku Pohon pada Mu Ya Allah...panjangkanlah jodoh kami dunia dan akhirat...InsyaAllah.

Bercerita pasal tarikh memang banyak tarikh perlu diingati:- kalau ikutkan c ummi ni adalah tarikh-tarikh penting dan bersejarah buat kami sekeluarga:-

1) 8 dis 2002 (tarikh pertunangan)
2) 4 jun 2004 (tarikh pernikahan)
3) 6 jun 2004 (majlis perkahwinan)
4) 18 mac 2005 (Tarikh lahir permata hati pertama kami- Sofwa)
5) 25 november 2005 (Tarikh lahir permata hati kedua kami - Sofiyya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...