Wednesday, July 28, 2010

Senangnya Dalam Ati.....

Alhamdulillah senangnya dalam ati betul ummi hari ni......hari yang indah hehe, agaknya napa ya? :) , sebenarnya sudah 2 minggu ummi takut2 mau pegi bertimbang tempat coach herbalife ummi...rasa badan macam memberat semula. Bukan apa bekalan shake dan teamix semua sudah habiis (bulan tua bah minggu lepas) Lepas tu kena pula ummi sekejap ambil sekejap nda macam chipsmore biscuit ja punya iklan. Cuma apa yang ummi buat ummi maintain dengan diet Low Carb (rendah karbohidrat) ada juga nama diet yang mengelak dari makan makanan yang berkarbohidrat ni di panggil DIET ATKINS tapi ummi tidaklah mengelak sepenuhnya sebab diet jenis Akins ni tidak sesuai untuk wanita yang preggy mahupun yang breastfeed (yg menyusukan anak).

Cuma Ummi mengelak makan nasi, mee hoon (apa2 jenis mee)-tapi kadang kalau kepingin tu makan juga..tapi berpada-pada lah..jangan berabis..ingat! berenti sebelum kenyang- pesan Nabi Saw...
then kalau minum milo sudah tidak menggunakan gula, tu pun kena control juga..tapi KFC yang nda boleh mengelak tau hehe...nyummy very delicious lah hehe :)

Dan kalau ada yang terperasan, thicker di atas tu? Haaa, ianya sudah berubah nombor..dalam ummi takut2 mau bertimbang tu rupanya berat ummi 67.5 kg...wah apa lagi...senangnya dalam hati......almaklum...c abang sayang mau kasi hadiah kalau diet ni menjadi hehe...ehm2 ehm2 ni mau hadiah kah ni atau mau mencari berat ideal? :)...bah dua2 lah bah...hehe c abang sudah offer jari tangan dengan jari kaki ummi sambut hadiah tu :) , so itu saja lah dulu cerita diet ummi. Minta tolong kalian doakan kami berjaya ya? mekasih banyak....:)

Jalan-jalan One Borneo

===> Sorry ya, entri ni macam sudah basi ja..buat camana kan, baru ummi ada kesempatan mo publish hehe...:)<===
Pada minggu lepas hari sabtu (26/6/2010) sempatlah kami berjalan-jalan ke One Borneo, jalan bawa anak-anak sambil menyelesaikan beberapa urusan dan juga hajatnya mahu mencari kain langsir. Tapi kain langsir ummi beli di Jakel’s House, pastu kain baju batik sepasang ngan baba color hijau beli jugak di jakel. Sudah tu ada hati plak mau mencari matching untuk kain batik yang sudah dibeli tu, at last kami pigi jugaklah di One Borneo sebab mau pegi Kamdar.

Sempat juga menyinggah ke Kenny Rodgers makan ayam golek hehe. Sudah tu terjumpa dengan jiran se’Taman’. Kalau mau tau yang duduk di belakang kami tu, jiran lah tu hehe kedapatan bah pigi bejalan juga sana  . Agak lama juga ummi tidak ke Kenny Rogers Restaurant. Time belajar dulu-dulu kalau ‘time kaya’ ( time dapat duit L.O.A.N lerr hehe)tu ada juga pigi, hermmmm nyammi!! Tapi sekarang ni kekangan kerja agak membataskan masa tu untuk berjalan-jalan. Biasanya hujung bulan cam ni baru lah kami ada masa berjalan-jalan sambil2 menyelesaikan urusan  dan sebagainya.

Di bawah ni gambar-gambar kami ketika di sana,jadi jom lah tengok gambar !!


Tuesday, July 27, 2010

JANGAN SEKALIPUN LUPA!

PENGENALAN



Cuba pertimbangkan berapa kali sehari anda memaksa diri anda untuk mengingati sesuatu? Sejak daripada bangun dari tidur, terdapat banyak isu yang anda penuhkan dalam minda anda. Anda akan mencatatkan nota atau meletakkan peringatan di mana-mana supaya tidak terlupa tentangnya. Untuk itu, mengingati bahawa ianya akan terlupa, sudahpun merisaukan anda. Andaikata anda sebenarnya sudah terlupa akan sesuatu yang lebih besar daripada perkara lain dalam hidup anda?


Tujuan kami menulis buku ini adalah untuk mengingatkan anda tentang isu dalam kehidupan anda yang sangat penting. Jangan sesekali lupakan itu. Mengingati perkara yang akan diingatkan dalam buku ini akan memberikan anda nilai yang tidak terukur lebih daripada terlupa apa yang anda hendak ingati sepanjang hari, tidak kira bagaimana bernilaipun isu itu kelihatan.

Tujuan buku ini adalah untuk mengingatkan anda tujuan kewujudan anda di dunia ini. Kami merasakan adanya keperluan ini kerana manusia adalah pelupa. Asyik dengan rutin harian, kecuali sekiranya dia inginkan yang lain, dia akan dengan mudah teralih daripada isu sebenar yang mana dia sebenarnya perlu memberi perhatian. Dia akan dengan mudah akan melupakan Allah berada di sekelilingnya, yang Allah melihat setiap perlakuannya, mendengarnya dan suatu hari nanti akan memberi laporan akan segala tindakannya kepada Allah. Dia mungkin terlupa tentang kepastian tentang mati, kubur, syurga dan neraka, yang tiada apa yang akan berlaku selain daripada atas kehendak Allah, dan terdapat sebab di atas setiap sesuatu.


Manusia terdorong kepada kealpaan. Dalam kealpaan, mereka akan terlupa untuk mengingati tujuan kehidupan, dan oleh itu, mula gagal untuk mengawal dirinya secara betul dan mula melakukan kesalahan. Bagi orang yang ikhlas, kealpaan begitu tidak berlaku lebih daripada sesaat; sampai masa dia menyedari kesalahannya, dia akan segera meminta ampun, kembali kepada Allah dan terus menghayati batas-batas yang telah ditetapkan ke atasnya. Penganut berdoa kepada Allah dalam cara berikut:


...Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah! (Surah al-Baqara: 286)



Jenis yang kealpaan ini bermaksud, kealpaan biasa yang kita alami dalam kehidupan seharian kita. Manusia ini, secara semulajadinya adalah pelupa dan cenderung untuk melakukan kesalahan. Walaubagaimanapun, jenis kealpaan yang diterangkan dalam buku ini adalan jenis yang menyumbang kepada kekakuan semangat, tidak prihatin dan tidak memberi perhatian, walaupun fakulti minda seseorang membenarkan mereka untuk menyambung rutin seharian. Jadi, apa yang manusia abaikan lalu ia terlupa perkara penting ini?



Tidak dinafikan bahawa perkara paling kritikal terhadap manusia ialah kecenderungan untuk melupakan kewujudan Penciptanya dan tanggungjawab terhadapNya. Realiti tentang keabadian hidup yang akan dihabiskan sama ada di dalam Syurga ataupun Neraka. Kewujudan api neraka dan keabadian nikmat syurga adalah pasti seperti mana anda sedang membaca muka surat ini. Walaubagaimanapun, selain daripada pengetahuan tentang kebenaran ini, mereka yang membenarkan diri mereka menjadi lupa, telah menjadi seorang yang tidak prihatin, dan dengan salahnya telah menganggap malah dengan sengaja melupakan perkara-perkara tersebut akan membantu mereka mengelakkan perkara kebenaran.



Namun, bolehkah manusia mengelakkan tanggungjawabnya daripada melupakan perkara itu? Pastinya tidak! Manusia bertanggungjawab kepada Allah, Penciptanya. Lambat laun mereka akan merasa mati dan akan dipanggil untuk dihisab dengan kehadiranNya, bersendirian. Akbibat daripada hisab tadi, manusia akan sama ada ditempatkan di syurga ataupun neraka selama-lamanya. Quran menyatakan “Kami tidak mencipta syurga dan bumi dan segala-galanya diantaranya sebagai permainan.” (Surah Al-Anbiya’:16). Tiada makhluk atau manusia yang diciptakan tanpa tujuan. Manusia tidak dibiarkan sebagai dirinya sendiri tetapi diciptakan untuk “menyembah Allah” (Surah Adh-Dhariyat: 56). Walaubagaimanapun, jika dia menjadi alpa dengan rutin harian dan gagal untuk melaksanakan tugasnya mengikut kebijaksanaan, jadi dia akan lupa tentang kebenaran. Hanya bagi mereka yang berfikir secara mendalam setiap perkara dan ciptaan sekeliling mereka yang akan mendapat kesimpulan penting ini.



Bertafakur tentang ciptaan dirinya sendiri akan membuatakan mereka sedar akan bantuan Allah padanya. Ini akan seterusnya menjadikan dia sedar akan keperluan untuk melakukan usaha yang serius untuk menunjukkan ketaatan terhadap Penciptanya. Pada mulanya, dia tiada kemudian bermula hidup sebagai satu sel yang tidak nampak oleh mata kasar. Sel ini membahagi menjadi berbillion kali ganda dan seterusnya membesar menjadi manusia dan dilengkapi dengan organ. Apa yang lebih penting, ciptaan itu memerlukan kehidupan, jiwa meskipun ia tidak menjadi apapun. Setitis mani berkembang menjadi ketulan, kemudian menjadi hidupan, dan dapat menikmati fakulti pemikiran dan bercakap. Hanya Tuhan yang menciptakan manusia daripada tiada. Bagaimanapun, ada manusia yang terlupa akan ciptaan mereka dan membuat alasan yang tidak berguna dan berani menafikan Allah.



Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk. (Surah Ya Sin: 78-79)



Jika anda terlalu takut untuk menjadi tidak bersyukur, anda perlu berhenti daripada dipengaruhi oleh pemikiran seharian. Ini kerana, hanya orang yang bersungguh-sungguh saja sentiasa memenuhi fikirannya tentang Tuhannya. Begitu juga jika dia sedar tentang tanggungjawab terhadap Tuhan, jika dia ingat bahawa dunia ini adalah tempat yang sementara dan nanti dia akan dihisab akan apa yang dilakukan di atas dunia.



Ironinya, tiada isu yang dibincangkan di dalam buku ini apabila anda selalu kata, “lebih baik saya tidak lupakan.”. Tidak, anda mesti tidak melupakan sepatah pun daripadanya. Hanya dengan mengingatinya anda akan menyembah Allah dan mendapat rahmatNya. Yang lebih penting, jangan lupakan ia adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri daripada api neraka, di dunia dan akhirat.



Allah menunjukkan dua jalan yang Dia menguji anda. Anda berhak membuat pilihan, tapi ingat yang salah satu jalan ini membawa kepada hukuman yang abadi manakala yang satu lagi akan membawa kepada puncak kebahagian yang abadi.



Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan harta itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (iaitu) melepaskan budak dari perbudakan. Atau memberi makan pada hari kelaparan. (kepada) Anak yatim yang ada hubungan kerabat. Atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada di dalam neraka yang ditutup rapat. (Surah al-Balad: 10-20)

Monday, July 19, 2010

Hari Sukaneka Sekolah Kakak

Ceritanya kemudian ya, kita layan gambar dulu ok? jom!!!
Kakak baru lepas bersukaneka tudung pun habis biut2 sudah hehe :)

Haa ni dia "Kumpulan 2 tapi jadi kumpulan 1" (ha mau tau ni skrip kakak...mulanya ummi nda faham..nasib baik si baba bagi faham c ummi (mau tau apa maksudnya? nanti di akhir gambar ummi bgtau jawapannya yea..)

sedia! mulaaaa!!!!!!!!!!!!! ni sedang bermula acara mengisi air di botol menggunakan span

khusyuknya kakak..


"Macam? banyak pendapatan?" hehe kali ni yang c baba (tukang gambar) ni cakap kali aaa :)

C ummi sama c adek jadi penonton aja lah ya

Lari dalam guni!!! lucu ja ummi tengok budak2 kecik ni bersukaneka, ada yang nda dapat jalan pun hohoho..

Tapi c kakak kami yang bijak bestari ni fuhhh berabis dia melompat dalam guni tu :)

Mau tau apa jawapannya? Haa gini C kakak kumpulan dua, tapi dapat johan keseluruhan :) (hai fening ummi memaham ayat pernyataan kakak yang mengelirukan :) , terlampau terer bah anakku yang sorang ni :)

Wednesday, July 14, 2010

Sungai Dalam Laut… Subhanallah!

Assalamualaikum semua, saya sebenarnya sangat tertarik dengan pos ini dari blog ummuabbas sesungguhnya ianya adalah kejadian ciptaan Allah SWT Yang Maha Kuasa...jom kita berkongsi ilmu berkaitan rahsia alam ciptaan Allah SWT ini.
**********************************************************************
Saya menerima email mengenai sungai di bawah laut. Mengkagumkan! Subhanallah. Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati?

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.

Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.

Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!

Ummu Abbas

15 Safar 1431H

12.12pm

update: 25 Rabiul Awwal 1431H/ 11 Mac 2010.



*********************************************************************

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR
&
SUNGAI DALAM LAUT


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)


بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَان

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,


يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.

(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.


Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.



فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

(Al-Rahman 55: 13)


أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ


Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

(Al-Naml 27:61)


أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ



Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).



(Al-Naml 27:62)


post asal saya baca dari pemiik asal post ini Ummu Abbas

Friday, July 2, 2010

Cara Penyediaan HerbaLife

Cara Membancuh Shake Lazat Herbalife
Gambar sebelah iri ni F1



TeamixF3


Bahan-Bahan:

- 2 sudu besar Formula 1

- 1 sudu besar (untuk wanita) atau 2 sudu besar (untuk lelaki) Formula 3

- 250ml Air Soya atau Jus buah-buahan

- 4-5 ketul ais (pilihan)



Cara:

- Masukkan Air Soya atau Jus buah-buahan ke dalam blender atau shaker

-Masukkan Formula 1, Formula 3 dan ketulan ais (pilihan)

- Kisar atau goncang sehingga sebati

-Nikmatinya sebagai gantian makanan

*Campurkan Oat atau buah-buahan sekiranya suka (pilihan)



Cara Membancuh Tea Mix

Bahan-bahan:

-Setengah sudu teh serbuk Tea Mix

- 250ml air sejuk atau panas

*Satu sudu makan Madu Asli (pilihan)



Cara:

- Larutkan serbuk halus Tea Mix ke dalam sedikit air panas

-Campurkan 250ml air sejuk atau panas

-Nikmatinya bila-bila masa

*Kacau madu asli (pilihan)



Aturan Pengambilan



(1) Shake:


Sarapan Shake Herbalife

Makan Tengahari Makan seperti selalu

Makan Malam Shake Herbalife



atau



Sarapan; Shake Herbalife

Makan Tengahari; Shake Herbalife

Makan Malam; Makan seperti selalu



atau



Sarapan; Makan seperti selalu

Makan Tengahari; Shake Herbalife

Makan Malam; Shake Herbalife

*Aturannya, 2 Shake dan satu kali makan seperti biasa.

Nikmati makanan kita yang enak-enak, cuma cuba kurangkan makanan

yang berlemak tinggi seperti masakan bersantan, bergoreng dan

bergula tinggi.



Untuk yang berpuasa;

Sahur Shake Herbalife

Berbuka Berbuka seperti biasa

Jam 10-11 malam Shake Herbalife

*Shake akan memberikan rasa kenyang dan tenaga lebih lama. Mudah untuk kita

melaksanakan ibadah puasa dan tarawih kerana kesan dari nutrisi lengkap

akan memberikan tenaga yang lebih.






(2) Tea Mix
 diambil:  3-4 cawan sehari pada bila-bila masa.



(3) Air secukupnya, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong

sekurang-kurangnya 1 liter

*Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air

*Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang

dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari.

Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.





Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!

(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum

*Jika botol besar, semangat mudah luntur

(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah

sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap

"Hari ini lebih baik dari semalam"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...