Thursday, August 19, 2010

Kakak Berpuasa Penuh

Hari yang mengantuk!..ummi jaga exam pagi-pagi nih. Itulah resamnya kalau time menjaga exam mata teramat lah mengantuk. Hari ni pulak line tiada di tempat kerja memang nda boleh beronline lah..saja lah ni mengarang skit untuk update blog ..
Ni cerita pasal hari kemarin hari rabu 18/8/2010, mau ceritanya ummi bangga dengan c kakak ummi (ya lah sebagai ibu mana nda bangga) dia puasa sehari penuh kemarin di usianya 5 tahun, syukur Alhamdulillah anak ummi di umurnya 5 tahun sudah boleh berpuasa seharian.
Bila ummi balik kira-kira jam 2.30 petang, masuk bilik, baba dan anak-anak sedang istirehat di bilik..faham ja lah kalau tengahari, dgn cuaca yang panas berkurung ja lah di bilik Ber’aircond’. Tgk2 c adek sibuk main ngan baba, c kakak pula nyenyak tidur. Ummi tanya Baba “kakak sudah sungkai?” , jawab baba “belum lagi” , kami sengaja nda kejutkan kakak. Biarlah dia tidur dulu biasanya kalau dia baru2 tidur tu mesti dia marah kalau kena suruh bangun..ya lah orang penat..puasa lagi .





Dan Alhamdulillah kakak puasa sampai ke petang..banyak juga soalan2 cepu mas kakak, apa lagi c baba lah menjawabnya sambil memujuk ..biar boleh ber tahan sampai ke azan maghrib nanti (masa bersungkai)  dan Syukur Lillah kakak dapat puasa penuh semalam. Itulah hari paling bersejarah buat kakak, buat ummi, baba dan kami sekeluarga. . Hari ni kakak cakap dia puasa, ummi harap mudah2an boleh sampai ke petang. Ya lah kakak baru 5 tahun kami tidaklah memaksa kalau kakak nda boleh buat, cian jugak kan kecik lagi. Tapi takat mana yang kakak boleh buat kami galakkan dia iayalah masa kecik nil ah kita melatihnyanya kan sejak awal.
Ummi bg motivasi dengan kakak, kata ummi “kalau kakak puasa, time sungkai nanti ummi masak yang sedap2” , “oh yak ah ummi best nya ni yang kakak mau puasa ni” jawab kakak sambil senyum riang. Malam tadi lepas Baba selesai terawih di Masjid Beaufort baba belikan pula KFC. Oh senang hati betul kakak. Cian anakkku moga jadi anak yang solehah ya Nak..Ummi dan Baba saaaayang kakak!...

Kakak Berpuasa Penuh

Hari yang mengantuk!..ummi jaga exam pagi-pagi nih. Itulah resamnya kalau time menjaga exam mata teramat lah mengantuk. Hari ni pulak line tiada di tempat kerja memang nda boleh beronline lah..saja lah ni mengarang skit untuk update blog ..
Ni cerita pasal hari kemarin hari rabu 18/8/2010, mau ceritanya ummi bangga dengan c kakak ummi (ya lah sebagai ibu mana nda bangga) dia puasa sehari penuh kemarin di usianya 5 tahun, syukur Alhamdulillah anak ummi di umurnya 5 tahun sudah boleh berpuasa seharian.
Bila ummi balik kira-kira jam 2.30 petang, masuk bilik, baba dan anak-anak sedang istirehat di bilik..faham ja lah kalau tengahari, dgn cuaca yang panas berkurung ja lah di bilik Ber’aircond’. Tgk2 c adek sibuk main ngan baba, c kakak pula nyenyak tidur. Ummi tanya Baba “kakak sudah sungkai?” , jawab baba “belum lagi” , kami sengaja nda kejutkan kakak. Biarlah dia tidur dulu biasanya kalau dia baru2 tidur tu mesti dia marah kalau kena suruh bangun..ya lah orang penat..puasa lagi .
Dan Alhamdulillah kakak puasa sampai ke petang..banyak juga soalan2 cepu mas kakak, apa lagi c baba lah menjawabnya sambil memujuk ..biar boleh ber tahan sampai ke azan maghrib nanti (masa bersungkai)  dan Syukur Lillah kakak dapat puasa penuh semalam. Itulah hari paling bersejarah buat kakak, buat ummi, baba dan kami sekeluarga. . Hari ni kakak cakap dia puasa, ummi harap mudah2an boleh sampai ke petang. Ya lah kakak baru 5 tahun kami tidaklah memaksa kalau kakak nda boleh buat, cian jugak kan kecik lagi. Tapi takat mana yang kakak boleh buat kami galakkan dia iayalah masa kecik nil ah kita melatihnyanya kan sejak awal.
Ummi bg motivasi dengan kakak, kata ummi “kalau kakak puasa, time sungkai nanti ummi masak yang sedap2” , “oh yak ah ummi best nya ni yang kakak mau puasa ni” jawab kakak sambil senyum riang. Malam tadi lepas Baba selesai terawih di Masjid Beaufort baba belikan pula KFC. Oh senang hati betul kakak. Cian anakkku moga jadi anak yang solehah ya Nak..Ummi dan Baba saaaayang kakak!...

Friday, August 13, 2010

How The Bible Led Me To Islam

Menarik tajuk ni, sebenarnya tengah surfing tadi Ummi terserempak dengan link ni..bagaimana anak muda yang di besarkan di South Carolina, Amerika Syarikat ni mendapat hidayah untuk menerima cahaya Islam, sangat menginspirasikan, jom kita tengok video ni :)

Thursday, August 12, 2010

Puasa Hari Ketiga

Hari ni kira sudah masuk hari ketiga berpuasa.

Hari pertama; ummi ngan baba saja berpuasa, ya lah anak-anak masih kecik lagi kakak 5 tahun, adek pulak 1 tahun 8 bulan lebih

Hari kedua: Time ni Baba awal bangun pagi tup2 dia bangunkan kakak, " Bagus kita ajar kakak puasa lah"..Ummi dalam mata mau pejam celik pun angguk saja tanda setuju. Biasanya Ummi kalau sudah pukul empat tu sibuk melayan c adek yang mahu menyusu , memang jadual menyusu adek lah rasanya setiap jam empat selalu ja tersedar mau minta disusukan (Breastfeed). Memang Ummi kena masak awal lah sebelum tido malam semua dah siap, kalau terlewat bangun sahur (yg penting belum azan) boleh lagi bersahur.
Bagusnya kakak dia pun bangun ikut Babanya ke dapur siap2 mau bersahur

Alhamdulillah kemarin hari khamis kakak puasa sampai jam 12.30 tgh (ajar sikit2 dulu kan :) ). Baba pesan dengan kakak "Kak kalau Cikgu tanya "sapa yang lapar pegi makan" kakak bgtau kakak puasa ya". Antara nya lagi skrip baba mau pujuk Kakak puasa "hari ni kalau bersungkai (istilah berbuka puasa bg org sabah) Kakak mau makan apa? nanti Baba masak ya"...

Jadual sesi persekolahan Baba dan Ummi (sekolah lain2) nda sama, Baba di Pekan dekat sikit ngan umah, lg ada 2 sesi, jam 12.30 sudah pulang. Sekolah ummi pulak nun jauh masuk kampung dari rumah ada dalam setengah jam (pandu sederhana laju) kalau nda banyak kereta di jalan aa dalam 15 minit sampai (tp pandu laju) So terpaksa lah baba yang melayan karenah anak-anak kami. Ni yang buat Ummi sayang ngan Baba nih (cheh keluar tajuk lah pulak :)..)

Hari Ketiga: Kakak dikejutkan lagi sahur , ekceli kemarin dia sorang2 ja puasa di sekolahnya..Ummi kata ngan kakak, "Anak Ummi kuat orangnya, tu lah sebab kakak seorang saja yang puasa kemarin di sekolah ".."ya ummi " sahut kakak, Pastu Baba sambung pulak "Kakak baru ni dapat No 1 di kelasnya (dlm pperiksaan sem 1- di Tadika PASTI) sebab tu lah kakak ni hebat, bagus..puasa pun boleh tahan berbanding orang lain.." Anak2 ni faham sajalah kan kita kena bg motivasi supaya dia nda rasa susah melaksanakannya, tambahan pula kali pertama puasa. Mesti mau pandai pujuk bah.. :)..







Jadi tu lah ceritanya jadi Ibu bapa ni tanggungjawab besar.. kena mendidik anak-anak dari awal. Takut nanti bila anak sudah besar masih belum pandai melaksanakan ibadat2 wajib dalam Islam. Melentur buluh biarlah dari rebungnya...Ummi doakan moga anak2 Ummi jadi anak2 yang soleh dan solehah InsyaAllah... Kita tak dapat wariskan harta dunia takpa yang penting anak2 dapat warisi ilmu untuk keakhiratan.

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Akhirnya, dapat juga kita merasai lagi bulan ramadhan untuk tahun ini, di kesempatan ini ummi mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam seluruh dunia...walau di manapun anda berada (selagi memahami bahasa yang digunakan di sini :)..)

Untuk itu ummi ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadhan:

1. Ketibaan ramadhan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai suatu kewajiban membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang dhaif.

8. Diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Nabi SAW: ...maksud hadis: Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

9. Ketibaan ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan

10. Malam Nuzul Al-Quran (17 ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat-Tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid)



Monday, August 2, 2010

Buat Gadis Kesayanganku...

Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.


Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.


Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.


Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

Credit to: Iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...