Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Akhirnya, dapat juga kita merasai lagi bulan ramadhan untuk tahun ini, di kesempatan ini ummi mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam seluruh dunia...walau di manapun anda berada (selagi memahami bahasa yang digunakan di sini :)..)

Untuk itu ummi ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadhan:

1. Ketibaan ramadhan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai suatu kewajiban membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang dhaif.

8. Diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Nabi SAW: ...maksud hadis: Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

9. Ketibaan ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan

10. Malam Nuzul Al-Quran (17 ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat-Tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...