Search This Blog

Loading...

misi diet c ummi!

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, October 27, 2010

Penyusuan anak ketika hamil

Hai salam, kalau melihat dari arkib blog ini pasti ada yang perasan dalam bulan september c ummi langsung tidak menulis......ya ummi terpaksa melupakan dahulu dunia maya sebab asyik berperang dengan alahan yang ummi alami..Alhamdulillah rezeki bulan puasa gamaknya, 15 ramadhan yang lalu ummi disahkan mengandung lagi, sekarang ni sudah pun menjangkau 4 bulan.

Ummi akui rahmat ini juga datang dengan ujian besar buat ummi. Bukan saja pasal alahan tapi juga ummi masif bf (breastfeed) my baby, walaupun dia sudah menjangkau 1 tahun 11 bulan (genap 25/11 ni umurnya 2 tahun) ummi cian tengok c adek sebab dia masih mau menyusu lagi. Memang niat di hati dulu nak menyusukan sampai umurnya 2 tahun.

Jadi ummi harus mencari info penting tentang bagaimana nak bf time pregnant ni, di bawah ni antaranya info yang ummi dapat dari pakcik google:-


Is Breastfeeding During Pregnancy Safe?

Many mothers worry that breastfeeding during pregnancy is not safe. Many fear they will have to wean their baby or toddler immediately in the event of a pregnancy. If you find you become pregnant while breastfeeding you do not necessarily have to wean your baby or toddler. La Leche League International supports breastfeeding during pregnancy. That said, many doctors and well meaning friends may have other opinions about breastfeeding during pregnancy.

You may find well meaning friends and family express concern about the health and well being of your unborn baby if you continue breastfeeding during pregnancy. Here are some facts you should know about breastfeeding during pregnancy. These facts should arm you with the information you need to know to make appropriate decisions regarding your health and that of your unborn child.

• Tandem breastfeeding is common. You don't necessarily have to wean your toddler or baby if you become pregnant while breastfeeding. You may decide to continue nursing both your babies after your pregnancy.

• Breastfeeding during pregnancy will result in some uterine contractions, but uterine contractions are experienced regularly throughout pregnancy as with exercise or during orgasm.

• Breastfeeding will not necessarily increase your risk of miscarriage, unless you are already at risk for miscarriage during pregnancy.

• You will need extra rest and will probably feel more fatigued if you continue breastfeeding during pregnancy.

• You will need to eat adequate nutrition to support your breastfeeding relationship and support the nutritional needs of your unborn baby. You may want to consult with a nutritionist to ensure you are eating enough to support both your children's needs, as well as your own.

• Many women who breastfeed during pregnancy find their nipples are more tender than normal. You can try switching your baby's position to help alleviate this discomfort.

• Many women find that their supply of breast milk decreases during their second trimester. You may need to supplement at this point if your baby isn't getting enough nourishment. Other times, the flavor of your milk may change around this time, and some babies self wean because they may not like the change.

• Proceed gradually regardless of the decision you make. If you do decide to wean you should take your time so as to minimize the impact on your nursing infant.

Many moms find that if they do wean, their toddler asks to nurse again when the baby is born. While some latch on just fine, others may find the taste unappealing or others forget how to nurse correctly. If you prefer not to tandem breastfeed you might consider offering your child a sip of breast milk in a cup and involving your older child in your breastfeeding relationship in other ways.

Breastfeeding is a tender time for both mothers and babies. Many women find breastfeeding during pregnancy incredibly rewarding, while others prefer to wean their babies after becoming pregnant. Regardless of the decision you make, you should feel supported in your efforts. If you are looking for breastfeeding support while pregnant, check out La Leche League International, an organization that offers support fro breastfeeding mothers and their babies. You can contact them at http://www.lalecheleague.org.

credit to : http://www.womenshealthcaretopics.com/preg_breastfeeding_during.htm


Penyusuan Ketika Mengandung (Artikel dr http://www.ratuhati.com/ )

Sebenarnya tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...

Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.

Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.

Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang

pernah keguguran

mengalami pendarahan semasa hamil

positif GBS carrier

dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi

Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

7 comments:

  1. bgus sgt entrinie..dok tnya2 gk,manalh tau kalu preggy msa bf nih..niepun dah 16bln dh bf..tq yer ummi..

    ReplyDelete
  2. sama-sama, ummi cari info ni pun sebab tengah preggy.. tu yang nak share maklumat kat sini :)

    ReplyDelete
  3. menarik untuk di buat rujukan..

    minta dicopy untuk dimuatkan ke dlam blog saya..
    tq.. :D

    http://petuapakar.blogspot.com/

    u follow me then i follow u.. :D

    ReplyDelete
  4. terima kasih ummi

    ReplyDelete
  5. good sharing..follow me jgk ye:
    http://permatacintaku.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. saya mempunyai anak berusia 6bulan kini hamil 3minggu,nak pisahkan bf,btul2 xsampai hati...kesian tgk dia...nak tak nak saya bg jgk..
    dlm masa yg sama saya kesian pada bayi yg sy kndung...mmm pe2 pun terima kasih ngan k.ummi ngan info ini...

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bagus. Ramai ibu2x yg mencari perkongsian ilmu begini.

    ReplyDelete