Sunday, November 28, 2010

Projek Krastangan!

Napa lah agaknya ummi bagi tajuk tu yek? Hmm cuti sekolah ni ummi rasa macam mau meluangkan masa menjahit sambil bercuti-'muti' hehe. Projek krastangan ni diberi nama gitu sebab ummi ni bukanlah pandai sangat menjahit tapi berminat. Ada masa tu ummi pegi surfing the net cari-cari tutorial jahitan yang ummi boleh buat. Ada beberapalah yang ummi sdh siapkan antaranya cloth pad 2 helai  (persediaan untuk lepas bersalin nanti-kira mau tambah lagi tu, nanti tgk 'kerajinanku' itu ya!) Sarung bantal 2 biji dah siap. Barut Bayi stail baru...antara banyak2 ni barut bayi ni yang paling cepat siap sebabnya ni dah lama ummi buat, kiranya sebab selalu praktis buat jadi boleh lah membiasakan tangan. Nanti ada kesempatan ummi mau belajar cara pasang zip pulak. ni antara website yang ummi mau pelajari:-

1. Cara jahit zip
2. Sew Mama Sew
3. The Sewing Diva

Thursday, November 25, 2010

Selamat Hari Lahir Anakku

Hari ni 25/11/2010 genaplah usia c adek 2 tahun. Adek lahir pada 25hb November 2008 pada jam 11.25 malam secara ceaserean. Hari ni genap sudah usia mu 2 tahun nak..
Tiada kata yang mungkin dapat menggambarkan perasaan Ummi saat adek lahir dulu dengan kelahiran secara emergency cesar dan ummi sangat tidak menyangka saat itu, almaklum semasa kakaknya dulu lahir secara normal. Tapi c adeknya secara cesar, tapi semua itu ada hikmahnya Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Ummi ucapkan selamat hari lahir moga adek membesar dengan sihat dilimpahi  kasih sayang serta rahmat Allah SWT, jadi anak yang solehah..InsyaAllah, dan yang pasti semua yang baik-baik saja ummi dan baba doakan buat mu Dek "SELAMAT HARI LAHIR"




Wednesday, November 24, 2010

Teknik bernafas untuk pelahiran




Bernafas dan bernafas terlebih

• Corak pernafasan untuk perlahiran

• Teknik pernafasan mudah

• Sokongan semasa pernafasan

• Bernafas dan meneran

• Bernafas dan bukan meneran


Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran
Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah
• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan
Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran
Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran
Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Kaedah Pelahiran (Bersalin)


Pelahiran dan Kelahiran

Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
 
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.

Kelahiran Palsu
 
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:


-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.


-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalanjalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.


-
Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.


Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.
     
Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.


-
Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian
bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.


Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.


-
Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir

Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.


-
Pancutan atau lelehan dari rahim

Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.


Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Di Hospital

Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.

Orang yang memberikan sokongan

Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
 
Peringatan kepada bapa
 
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.
 
Peringkat pelahiran

Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.

Peringkat Pertama:

Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.

Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:




1.
Pelahiran Awal:





Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.
 
Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dankesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.

Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.




2.
Kelahiran Aktif:





Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit
dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.
 
Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahanlahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan
menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.



Peringkat Kedua
 
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj.
 
Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.

Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.

Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor
mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.

Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan

Episiotomi
 
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.

Peralatan yang digunakan semasa bersalin
 
Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .

Persediaan pelahiran
 
Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.

Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.

Pembedahan Caesaerean
 
Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.

Bayi Songsang
 
Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.

Selepas Bersalin
 
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.

Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.

Bilik Pemulihan
 
Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.
           

Jalan-Jalan @ KK

Ehem sekarang sudah musim cuti sekolah. Hari Isnin lepas berjalan2 ke KK sambil-sambil pergi bayar itu dan ini, sambil tu jugak bawa anak-anak berjalan-jalan..hehe setakat ni pun paling jauh di KK saja kami pegi entah kalaau rasa rajin mau pigi juga ke Gunung kah :) mau merasa kenyamanan udara di sana fuh best juga kalau dapat tengok pemandangan di Kundasang.
Yang ni pemandangan dalam kereta, c kakak ngan adek 'pengsan' kat belakang layan mengantuk!


Lenanya tidur! :)
Mimpi sampai ke mana agaknya....

Tidur gaya bebas :)             


Sempat juga singgah di Masjid Bandaraya Likas, hai anak-anakku buat apa tu? :)

Lorong tempat ambil wudhuk wanita

Senyum sokmo!

Ruangan solat wanita

Wah sapa yang bergaya ni!

Kek Harijadi Yang Pink Kaler!!

Salam dan hi buat semua pengunjung blog ummi.
 Sajalah ni mau memenuhi masa lapang sambil-sambil mau menulis di sini. Tahun ni C Baba belikan ummi kek pink kaler yang sangat terang! apa maksudnya tu baba? mau suruh ummi ceria-ceria selalu kali aah... walau usia kita semakin bertambah hehe

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Lahir Ummi



Terima kasih buat rakan-rakan fbku yang mengucapkan salam hari lahir, moga kalian juga akan diberkati Allah dan sentiasa dipayungi rahmat-Nya..InsyaAllah


Salam Aidil Adha

Raya aidiladha sudah berlalu beberapa hari, alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya utk menyambut raya aidiladha. Raya haji kali ni bapa mertua menumbangkan lembu seekor dan sebahagiannya dari dibuat jamuan kenduri. Lepas solat raya saja c baba di Masjid Beaufort kami terus bergegas ke kampung utntuk sama-sama membuat persiapan kenduri pada waktu malamnya pula. Tidak lupa juga kami sekeluarga mendoakan abang ipar yang sekarang berada di Mekah untuk melaksanakan ibadah haji, moga-moga saja mendapat Haji yang mabrur InsyaAllah. (Entri ni agak terlambat, al-maklum hujung tahun ni mau bercuti sekolah, jadi kerja pun berlambak-lambak mau dibuat, nda sempat mau mem'post' :)

Saturday, November 13, 2010

KEISTIMEWAAN SUSU IBU


Ibu yang menyusukan anaknya


UNTUK BAYI

1. Oleh kerana susu ibu bersifat anti-jangkitan penyakit, bayi yg menyusu cenderung untuk kurang mengalami simtom penyakit seperti jangkitan telinga, penyakit berkaitan paru-paru, alahan, diarrhea atau cirit birit, dan muntah-muntah.

2. -Susu ibu mudah hadam, jadi bayi menyusu jarang sekali mengalami sembelit

3. -Najis bayi yang menyusu susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu susu formula

4. Sindrom SIDS (Sudden Infant Death Syndrome @ Mati mengejut) kurang berlaku terhadap bayi menyusu ibunya

5. -Istimewanya susu ibu, komposisi kandungan di dalamnya sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan bayi, mengikut tahap perkembangan dan umur bayi. Ia mempunyai kombinasi khasiat yg tepat seperti kandungan protein, lemak, vitamin, mineral, enzim dan gula yg diperlukan oleh perkembangan bayi tersebut.

6. Bayi yang menyusu dapat menikmati kepelbagaian perisa melalui susu ibu, kerana bila ibu makan pelbagai makanan seimbang bayi juga dapat merasainya melalui susu ibu yang diminum.

7. -Bayi menyusu susu ibu kurang risiko berisiko kepada penyakit Radang sembelit dan penyakit kencing manis pada usia muda (Type 1 Diabetes is called Juvenile Diabetes as the onset of it begins in childhood. Children diagnosed with juvenile diabetes are insulin dependent- http://chinese-school.netfirms.com/diabetes-juvenile.html)

8. -bayi yg menyusu susu ibu kurang kemungkinan untuk melakukan rawatan orthodontic seperti pendakap gigi kerana keunikan corak hisapan melalui penyusuan susu ibu tidak mengakibatkan susunan gigi bayi berubah. Secara keseluruhan bayi susu ibu mempunyai gigi yang sihat berbanding bayi susu formula. Bayi susu ibu juga jarang sekali memerlukan rawatan speach therapy berbanding bayi susu formula.

9. -Mengikut kajian secara puratanya IQ level bayi susu ibu adalah lebih tinggi (sila rujuk: http://www.sciencedaily.com/releases/2007/11/071105171949.htm)

10. -Anak perempuan yg dewasa dan semasa bayi disusukan dengan susu ibu kurang berisiko menghadapi kanser payudara

11. -Org dewasa yang menyusu susu ibu ketika bayi, rendah risiko mempunyai kolestrol yang tinggi dan penyakit asthma

12. -Penyusuan susu ibu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak





UNTUK IBU

1. -Penyusuan terus setelah selesai proses pelahiran dapat mengurangkan risiko pendarahan yang banyak bagi ibu yang baru melahirkan

2. -Rahim ibu yang menyusukan anak mereka akan mengecut lebih cepat seperti saiz rahim semasa di awal proses mengandung.

3. Pembakaran kalori terjadi semasa proses penyusuan. Secara puratanya 20 kalori diperlukan untuk menghasilkan satu aun (1 oz) susu ibu.

4. Penyusuan susu ibu selama paling kurang 6 bulan mengurangkan kepada risiko kanser payudara pre-menopausal

5. -Kurang risiko mengalami osteoporosis dan kanser servik

6. -Tempoh kesuburan tertangguh ketika proses penyusuan

7. -Lebih penjimatan dengan susu ibu berbanding kos pembelian susu formula untuk setiap bulan

8. -Susu ibu sentiasa tersedia, bersih dan mempunyai suhu yang bersesuaian

9. -Ibu merasa suatu kepuasan bila memikirkan hanya melalui si ibu saja si bayi sudah mendapat khasiat yang mencukupi sesuai dengan keperluan perkembangan bayinya.

Thursday, November 11, 2010

Majlis Ihtifal (PASTI) Kakak

Assalamualaikum semua apa khabar? harap semuanya khabar baik belaka di penghujung tahun 2010 ni. Hari ni ummi mau bercerita tentang Majlis Ihtifal (PASTI) kakak, PASTI tu singkatan untuk Pusat Asuhan Tunas Islam. Kalau tahun lepas graduasi tadika kakak semasa umurnya 4 tahun dibuat di Putatan, masa tu kakak sekolah tadika di Taski Hidayah (Taski Kelolaan Abim), tahun ni kakak pula bergraduasi tadikanya (tahun ni kak pindah ke tadika Pasti-sebab dekat sikit dengan rumah, senang baba nya menghantar ke sekolah) untuk umur 5 tahun di Beringgis Papar.

Alhamdulillah kalau tahun lepas dapat tempat kedua terbaik di kelasnya, tahun ni pulak dapat tempat pertama dari exam awal tahun hinggalah akhir tahun ni. Ummi doakan moga kejayaan akan sentiasa mengiringi dirimu Nak..insyaAllah...

Di sini ummi kongsikan bersama gambar kenangan kakak menghadiri Majlis Ihtifalnya.



Senarai Nama Pelajar terbaik yang bergaris merah tu nama kakak

Oh happynya orang mau terima hadiah

Haa C adek pun nda ketingggalan turut serta 'sesi penggambaran' dalam kereta

Ummi & kak dalam perjalanan ke papar

Peraduan Mewarna-kakak dapat tempat keempat

Kakak terima hadiah tempat pertama pelajar terbaik kelas 5 tahun

Kakak & Batrisyia

Ummi & anak-anak, sebelah kakak tu sepupunya Batrisyia

Persembahan Nasyid dari Tadika Pasti Baitul Hikmah Beaufort

Monday, November 8, 2010

Adakah saya mempunyai susu yang cukup?

 (Info ni ku dapat dari blog susu-terbaik.blogspot.com untuk berkongsi info dengan pembaca yang sudi berkunjung ke sini :) )
Kebanyakan wanita yang pertama kali melahirkan anak pasti akan berasa bimbang sama ada bayi akan mendapat susu yang cukup. Lebih-lebih lagi wanita yang mempunyai saiz buah dada yang kecil. Jangan panik kerana saiz buah dada tidak mempengaruhi banyak atau sedikit susu yang dihasilkan.

Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak akan merasakan yang bayi mereka tidak mendapat susu yang cukup. Ini berdasarkan mereka tidak berasa bengkak pada buah dada yang menandakan badan mereka telah menghasilkan susu pada hari pertama kelahiran. Pastikan anda tidak memberikan bayi anda susu Formula sama sekali, kerana walau pun buah dada tidak bengkak, badan akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum pada hari-hari pertama anda melahirkan bayi.

Susu ini berwarna sedikit kekuningan dan dihasilkan pada jumlah yang sedikit. Ia mengandungi khasiat yang sangat tinggi serta mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi melawan penyakit. Walau pun ia dihasilkan pada jumlah yang sedikit, ia mencukupi keperluan bayi kerana pada ketika ini perut bayi adalah sangat kecil.

Apabila bayi sering menangis, ramai ibu bapa yang bimbang bayi mereka tidak mendapat keperluan susu yang cukup. Bagaimana pun kelaparan hanyalah salah satu dari banyak punca mereka menangis. Selain dari lapar, bayi juga akan menangis sekiranya lampin mereka basah, kembung perut dan juga keperluan kasih sayang.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.


Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu ibu-ibu memastikan keperluan susu bayi adalah mencukupi :


* Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.


Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

* Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu

* Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.

* Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak berasa sedemikian sehingga beberapa minggu.

* Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.

Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencing itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

* Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan. Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.

* Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat awal.

(Sebagian petikan adalah dipetik dari :http://www.mybengkung.com)

Sunday, November 7, 2010

Masalah Penyusuan (Inverted Nipple)

Antara masalah penyusuan yang sering dialami oleh ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu ialah malah Puting Tenggelam ataupun dalam bahasa Inggerisnya Inverted Nipple, di bawah ni ada beberapa penyelesaiannya agar ianya dapat di atasi (Rujukan adalah daripada: Majalah Pa&Ma keluaran Mac 2007 hasil tulisan Pn Rita Rahayu, Kaunselor Laktasi yang terkenal di Malaysia sila rujuk SINI )


Puting tenggelam....BOLEH TIMBUL!



Soalan: Saya hanya dapat menyusukan sepenuhnya anak pertama selepas dia berusia satu bulan. Ini kerana putting saya tenggelam. Walaupun susu banyak tetapi saya tidak dapat menyusukan bayi. Setelah Berjaya menyusukannya, puting saya merekah pula. Sekarang saya mengandung anak kedua. Apakah persediaan sewaktu hamil yang perlu saya lakukan. Bagaimana saya boleh mengelak daripada terjebak dengan masalah yang sama selepas melahirkan nanti?
Hasnizawati Mat Johari
Kota Tinggi Johor



Jawapan:

Pada umumnya, setiap ibu mampu menyusukan bayinya. Masalah puting tenggelam bukanlah penghalang anda meneruskan penyusuan cuma ia mungkin lebih mencabar. Perlu diingat bahawa

apabila bayi menyusu, bayi melekap pada areola bukan puting semata-mata. Oleh itu, sekiranya bayi berjaya melekap dengan betul dan mengambil sebahagian besar areola anda, masalah puting tenggelam bukanlah satu masalah lagi. Dalam pada itu, sewaktu mengandung, anda boleh memastikan sama ada anda mempunyai puting tenggelam dengan melakukan pinch test iaitu dengan memicit areola. Jika anda dapati putting menyongsang, masuk semula ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dianggap sebagai tenggelam. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk merawat puting tenggelam. Dalam pada itu, adalah penting untuk anda ingat bahawa bayi yang melekap dengan betul dapat mengeluarkan puting tenggelam.



1Breast shell
Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan pembentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawall trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya.Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi.Namun, jangan sesekali memakai alat ini di waktu malam.



2Pam payudara (Breastpump)

Selepas bersalin, gunakan pam payu dara untuk "mengeluarkan" puting. Lakukannya setiap kali sebelum anda menyusukan bayi.



3Niplette

Alat ini dapat membantu mengeluarkan puting dengan melakukan hisapan sama seperti pam payu dara. Anda boleh gunakan alat ini sewaktu mengandung.



4Rangsang puting

Jika puting tidak timbul selepas melahirkan bayi, anda boleh menariknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama seminit. Selepas itu segera lap puting menggunakan kain sejuk. Tarik puting sewaktu anda mula menyusu.



5Teknik Hoffman

Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, putting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.



6Nipple shield



Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.

(Reference: MOM’SLITTLEONES Caring for you and your lil’s ones...)

Tuesday, November 2, 2010

Kursus Mbfpc @ Sabah

Baru-baru ni ummi menghadiri kursus ni, alhamdulillah dapat juga menghadirinya walaupun beberapa hari sebelum tu ummi bergelut dengan penyakit asthma ummi, 2, 3 kali pergi emergency hospital beaufort pigi pump nebuliser, akhirnya alhamdulillah sangat Allah beri juga kesihatan dan kesempatan untuk menghadirinya...syukur Lillahi Taala.

Suami lah orang yang selalu jadi mangsa kena pertanyaan bertalu2..."Bang dapat kah ummi ni pegi ahhh? sihat kah lagi ni sebelum 29/10/2010 ni...", Baba tenang saja menjawab, dia tau kerisauan ummi tahap mana "Insyaallah sihat tu dapat juga kita pigi nanti" Terima kasih suamiku dikaulah penyokong ku yang sentiasa memberikan semangat dalam apa jua, dan takkan ummi sampai dapat menyusukan  anak kedua ni sampailah berumur 1 Tahun 11 bulan sehingga sekarang ni..kalau bukan kerana dia suamiku.

Dan Kedatangan administrator Mbfpc juga adalah peniup semangat untukku menambahkan ilmu bf dan ingin menyedarkan mereka di luar sana bahawa inilah susu terbaik di dunia Susu Ibu yang teristimewa hanya untuk anak-anak kita (manusia) sendiri. Dan apa yang ku tahu setelah datang ke kursus ini ku tidak bersendirian menghadapinya di Sabah ini..dan aku bukanlah orang yang ganjil di Beaufort ini kerana walau bekerja masih dapat menyusukan anak tanpa bantuan susu tin / formula / susu lembu....InsyaAllah doakan kami di Zon Sabah ini semakin menyedari kepentingan susu ibu ini.

Ni ada beberapa gambar kenangan dari pada kursus:-

Nurse Chin dari Tambunan menyampaikan hasil pembentangan kumpulan

Ni pulak hasil pembentangan kumpulan c ummi (lawak lukisan kami yg nda berapa kreatif nih hehe)

Para peserta khusyuk mendengar

Puan Kamariah dari http://www.susuibu.com/ meyampaikan amanat untuk penyimpanan buku rujukan penyusuan susu ibu.

Teng...teng...teng sesi bergambar di hari terakhir kursus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...