Sunday, November 7, 2010

Masalah Penyusuan (Inverted Nipple)

Antara masalah penyusuan yang sering dialami oleh ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu ialah malah Puting Tenggelam ataupun dalam bahasa Inggerisnya Inverted Nipple, di bawah ni ada beberapa penyelesaiannya agar ianya dapat di atasi (Rujukan adalah daripada: Majalah Pa&Ma keluaran Mac 2007 hasil tulisan Pn Rita Rahayu, Kaunselor Laktasi yang terkenal di Malaysia sila rujuk SINI )


Puting tenggelam....BOLEH TIMBUL!



Soalan: Saya hanya dapat menyusukan sepenuhnya anak pertama selepas dia berusia satu bulan. Ini kerana putting saya tenggelam. Walaupun susu banyak tetapi saya tidak dapat menyusukan bayi. Setelah Berjaya menyusukannya, puting saya merekah pula. Sekarang saya mengandung anak kedua. Apakah persediaan sewaktu hamil yang perlu saya lakukan. Bagaimana saya boleh mengelak daripada terjebak dengan masalah yang sama selepas melahirkan nanti?
Hasnizawati Mat Johari
Kota Tinggi Johor



Jawapan:

Pada umumnya, setiap ibu mampu menyusukan bayinya. Masalah puting tenggelam bukanlah penghalang anda meneruskan penyusuan cuma ia mungkin lebih mencabar. Perlu diingat bahawa

apabila bayi menyusu, bayi melekap pada areola bukan puting semata-mata. Oleh itu, sekiranya bayi berjaya melekap dengan betul dan mengambil sebahagian besar areola anda, masalah puting tenggelam bukanlah satu masalah lagi. Dalam pada itu, sewaktu mengandung, anda boleh memastikan sama ada anda mempunyai puting tenggelam dengan melakukan pinch test iaitu dengan memicit areola. Jika anda dapati putting menyongsang, masuk semula ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dianggap sebagai tenggelam. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk merawat puting tenggelam. Dalam pada itu, adalah penting untuk anda ingat bahawa bayi yang melekap dengan betul dapat mengeluarkan puting tenggelam.



1Breast shell
Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan pembentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawall trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya.Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi.Namun, jangan sesekali memakai alat ini di waktu malam.



2Pam payudara (Breastpump)

Selepas bersalin, gunakan pam payu dara untuk "mengeluarkan" puting. Lakukannya setiap kali sebelum anda menyusukan bayi.



3Niplette

Alat ini dapat membantu mengeluarkan puting dengan melakukan hisapan sama seperti pam payu dara. Anda boleh gunakan alat ini sewaktu mengandung.



4Rangsang puting

Jika puting tidak timbul selepas melahirkan bayi, anda boleh menariknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama seminit. Selepas itu segera lap puting menggunakan kain sejuk. Tarik puting sewaktu anda mula menyusu.



5Teknik Hoffman

Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, putting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.



6Nipple shield



Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.

(Reference: MOM’SLITTLEONES Caring for you and your lil’s ones...)

No comments:

Post a Comment