Sunday, January 2, 2011

Lagi..Panduan Penyimpanan susu ibu

Panduan asas penyimpanan susu ibu


Panduan Menyimpan EBM

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:



* Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam



* Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam



* Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari



* Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan





Expressed Breast Milk (EBM)


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas

dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas,

contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas

* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk

membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih

dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu

tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya

lebih stabil dan malar

* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan

mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Sumber: www.momschoice.com.my/blog

No comments:

Post a Comment