Friday, March 11, 2011

Gempa 8.9 Skala Richter Cetuskan Tsunami Di Jepun

Image from: google
Image from google
Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.

Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo.
 
Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.

Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke kawasan terjejas dengan bencana itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik  mengeluarkan amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus dan Utara Mariana.

Sejurus selepas gegaran dikesan, penduduk di kawasan pesisir pantai Jepun telah diarah menyelamat diri ke kawasan selamat.

Agensi meteorologi memberi amaran  malapetaka tsunami di pesisir pantai pasifik Jepun.

Amaran yang sama turut dikeluarkan pusat amaran tsunami di Hawaii.

Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter, ia dijangka akan melanda kebanyakan negara kepulauan di Lautan Pasifik.

Ia termasuk Guam, Taiwan, Filipina dan dan tidak terkecuali Hawaii.

Sumber: Website TV3

No comments:

Post a Comment