Tuesday, May 24, 2011

ABO Incompatibility

Mengalami situasi ini (maksudku ABO Incompatibility) untuk kali kedua dan ianya lebih teruk berbanding kali pertama menghadapinya semasa anak yang kedua dulu membuatkan ummi mencari-cari jawapan kepada 'permasalahan' ini.


Dan bila saja kembali ke rumah ummi mula googling tentang apa itu ABO Incompatibility. Untuk pengetahuan semua ABO Incompatibilty ini adalah suatu keadaan di mana "ABO incompatibility disease afflicts newborns whose mothers are blood type O, and who have a baby with type A, B, or AB." (rujuk sini http://www.drhull.com/EncyMaster/A/ABO_incompatibility.html ) atau dalam bahasa melayunya, ianya terjadi apabila berlaku ketidakserasian jenis darah di antara ibu dan anak iaitu ibu berdarah jenis O manakala bayi sama ada berdarah jenis A, B atau AB.  

Dalam kes Ummi dan Ifwat, Ummi berdarah O dan Ifwat adalah jenis B (menurun sebelah babanya). ABO Incompatibility ini sebenarnya ada kaitanya dengan jaundis kerana salah satu kesan kepada ketidakserasian darah antara ibu dan anak (atau kumpulan darah anak tidak sama biasanya si ibu berdarah O dan bayinya sama ada A, B, atau AB). 


Jaundis di kalangan bayi adalah perkara yang normal kerana kebanyakan bayi (50% bayi akan mengalami jaundis dalam minggu pertama kelahiran mereka)


Jenis-Jenis Jaundis Pada bayi Dan Penyebabnya 




1. Fisiologi Jaundis (Normal Jaundis): merupakan jenis jaundis yg paling sering berlaku kepada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis akan bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel darah merah dan keadaan organ hati yg belum cukup matang.(http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/newborn_care/jaundice.html#)


2. Jaundis Pra Matang (Pre Mature baby):Sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan (Premature Baby),inikerana dari segi fizikal mereka belum cukup matang lagi untuk mengumuhkan bilirubin secara efektif. Rawatan awal diberikan kepada bayi pra matang walaupun kadar jaundisnya lebih rendah daripada bayi yang lahir cukup bulan


3. Jaundis Penyusuan Susu Ibu (Breastfeeding Jaundice): Ia berlaku disebabkan bayi yg menyusu susu ibu tidak mendapat susu yang cukup susu atas sebab masalah penyusuan. Ini sebenarnya bukan bermasalah daripada air susu si ibu, tetapi kerana bayi tadi tidak mendapat cukup susu untuk mengumuhkan bilirubin tersebut (sama ada melalui air kencing atau air besar) 


4. Jaundis Susu Ibu (Breastmilk Jaundice): Dalam 1 hingga 2 peratus bayi yang menyusui susu ibu, jaundis adalah disebabkan bahan yang terhasil di dalam susu ibu tersebut yang menyebabkan paras bilirubin meningkat (biasanya antara yang perlu dielakkan oleh ibu yang menyusukan dengan susu ibu ialah, halia, kunyit, herba-herba tertentu yang mana ianya jika di makan oleh si ibu, ianya akan menghasilkan bahan yg menaikkan paras bilirubin bayi yg jaundis). Ianya juga menghalang proses perkumuhan bilirubin melalui usus. 


5. Jaundis kerana kumpulan darah ibu dan bayi tidak sama (Blood group incompatibility (Rh or ABO problems) :


Jika bayi mempunyai kumpulan darah yg tidak sama dengan ibu, ibu akan menghasilkan antibodi yg memusnahkan atau memecahkan sel darah merah bayinya. Ianya menyebabkan pengumpulan banyak blilirubin secara mendadak di dalam darah bayi. Jaundis jenis ini berlaku seawal hari pertama umur bayi dilahirkan. Dan jaundis jenis ini juga perlu rawatan dan pemerhatian yang lebih kerana ia tergolong dalam severe jaundice (atau jaundis yg lebih teruk berbanding 4 jenis jaundis yg disebutkan di atas (sila rujuk: http://www.pantai.com.my/edu_context.php?id=1)


Pendek cerita ABO ni lah yg dihidapi oleh Ifwat semasa admitted wad selama 10 hari. Daripada pembacaan ummi antara yang ummi perlu elak makan semasa menghadapi ABO ni (sebab ummi breastfeed baby)


1. Selain elak makan herba dan halia serta rempah ratus atau jamu (yg ni utk jaundis biasa tu ya) ummi juga kena elak makan apa-apa sahaja herba atau makanan kesihatan yang mengandungi ALFALFA! ummi terbaca tu di sini (sila baca http://www.mothering.com/community/forum/thread/459602/vitamin-k-cord-clamping-abo-incompatibility-jaundice), jadi ummi yg memang dah standby shaklee terus memberhentikan pemakanan shaklee ummi (hanya alfalfa) tapi at last semua pun ummi tak makan ya lah ada sekali tu baby kerap menyusu ummi semasa dia jaundis ni tetapi yg ummi heran bacaan kuning semakin tinggi. Acctually klau tak silap dalam hari ke empat atau kelima still dalam wad ummi pun telanlah set alfalfa shaklee tu semua set untuk berpantang, ntah tiba2 bacaan kuning semakin meningkat....then nasib baik Mama dania suruh stop makan alfalfa tu katanya utk baby yg ada g6pd tak sesuai...apa lagi ummi pun stop makan sama sekali(ni kiranya langkah berjaga-jaga takut kuning baby naik lagi, nauzubillah kena buat pertukaran darah..)


2. Untuk pengetahuan juga untuk jaundis ABO ini kebarangkalian tahap kuning yg agak tinggi adalah sekiranya IBU-darah 'O' dan bayi-darah 'B', kalau Ibu- darah 'O' tapi baby- darah 'A' memang kena kuning yg tinggi juga tapi jenis ibu-O dan bayi-B adalah lebih teruk paras jaundis mereka( baby) boleh baca sini (http://www.drhull.com/EncyMaster/A/ABO_incompatibility.html)



Lagi Info tentang ABO Incompatibility: 

1. http://www.health-reply.com/neonatal-jaundice-incompatibility/   

2.  http://human.freescience.org/htmx/blood_type.php 

3.  http://www.healthofchildren.com/E-F/Erythroblastosis-Fetalis.html 

4. http://ahow.co.cc/38440-jaundice-in-newborns-due-to-abo.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...