Monday, May 16, 2011

Ifwat Dan ABO Incompatability

Ifwat semasa double photo dan on drip
Saja ummi bagi tajuk atas tu supaya lain kali sekiranya ada sesiapa yang bermasalah seperti ini akan dapat pengetahuan daripada pembacaan di blog ummi ni selain untuk mudahkan ummi 'ulangkaji' balik jika menghadapi semula masalah tersebut.

Berbalik pada tajuk di atas, selepas saja proses melahirkan ifwat selesai pada tengah malam rabu dan awal hari khamis (21 april 2011) ummi memang sangat mengharapkan agar keesokannya bila dah siang ummi dan bayi suda boleh balik rumah, tp kena tunggu doktor check dulu pg nanti. Tapi...Allah lagi lebih mengetahui akhirnya kami belum boleh balik hasil dari pemeriksaan darah yang dibuat Ifwat telah mempunyai bacaan kuning atau jaundis sebanyak 126sb hanya dalam tempoh empat jam umurnya sedari lahir jam 12.54 tengah malam tadi......

so bila doktor  tanya darah mama jenis apa? ummi jawab O dan tanya pulak darah ayah apa ummi jawab B...dalam hati ummi sah ni  lah jenis kuning yang masa ummi bersalinkan Kaisah dulu...masa tu doktor Pakar kata kuning bayi awak sudah tinggi dan umur bayi belum pun sampai mencecah 24 jam...(yg ni masa kakaknya Kaisah)  jadi..bila dapat keputusan tu dalam jam 9 pagi 21hb tu april tu...sedih hati ummi (menahan rasa lah hanya mampu bersabar).. , dua ibu yang sebilik dengan ummi masing2 berkemas bawa beg balik berpantang di rumah...tapi ummi dan Ifwat, berkemas kena naik wad kanak-kanak untuk phototheraphy (jemur bawah lampu biru)......dalam hati ummi dah berkata-kata, nasib baik baik kelahiran kali ni normal, kalau cesar macam masa kaisah dulu dengan kena jaga anak yang kuning lagi still dalam wad..aduhai...memang kali ni pun sama tiada sudah istilah berpantang sepenuhnya..nda apalah Nak...asalkan anak ummi selamat..dah sembilan bulan ummi, baba dan kakak-kakak menunggu...ummi kena tabahkan hati demi anak ummi.. Ifwat..
Ifwat-gambar semasa di wad
Hari pertama bacaan kuning Ifwat terus meninggi (dia hanya single photo-apa maksudnya? klau single photo ni lampu tu tak panas sangat) hinggakan ummi dan ifwat baru satu malam di wad kanak, bacaannya memuncak hingga 200 lebih dan terus meningkat sampai lah hari kedua Ifwat kena jemur DOUBLE PHOTO! (untuk double- maksudnya 2 kali ganda lagi dari single photolevel tu), tapi mau tau ummi masih relax lagi sebab tahap kuningnya tidak melebihi berat bdannya lagi...tapi sampai hari ketiga bacaan naik lagi 397sb! (u/p pembaca semua, jika melebihi 400 sb  bayi akan melalui rawatan lain pulak iaitu pemindahan darah) jam 6 petang bacaannya sbnya 397, dan kata doktor dalam tempoh sejam ifwat kena jemur di bawah lampu Triple photo lg! dan kalau tiada penurunan selepas sejam (of course kena check dengan cara pengambilan darah juga) dari 7.30 malam hingga 8.30 malam...Ifwat kena buat rawatan penukaran darah (ET: Exchange Tranfusion),....ummi rasa nda keruan sudah balik2 call baba suruh solat hajat di rumah, ummi hanya mampu berdoa, tawakkal saja Pada-Nya...Allahu Rabbi...sesungguhnya Dikau Maha Mengasihani Hamba-Nya...

Sepanjang Ifwat ber'double' dan ber'triple' lampu, kaki dan tangan jangan cerita lah... memang habis sudah dicucuk2 sampai biru , Ifwat juga on drip kena pasangkan drip untuk tambahkan air di badannya agar bilirubin cepat keluar (melalui kencing), ummi memang kena duduk di kerusi nda boleh bawa Ifwat berbaring, takut dripnya tu tertarik, ada sekali tu kakinya bengkak sebab jarum drip tu tersasar dari urat dan bacaan kuningnya pun naik mendadak selepas itu. ada sekali pulak drip tu di tukar ke bahagian tangan, tapi bukan air yang mengalir ke badan darah pulak keluar di saluran drip tu...aduhai sian anak ummi....dalam 4 botol juga Ifwat on drip, dan kalau tak silap hari ke 8 atau sembilan barulah dia bebas dari drip....dan mudahlah ummi mmenyusukan Ifwat.
Ifwat baru habis menyusu-ni masih di wad
(berbalik cerita pasal hampir kena tukar darah tadi) Dan Alhamdulillah syukur Lillah, ada penurunan sedikit (ummi nda ingat berapa yg ummi ingat nurse kata "Tidak jadi buat ET atau tukar darah sebab sb baby kamu ada turun sikit bla..). Dan bukan sekali keadaan ini terjadi, paras jaundis Ifwat ada turun naik, kalau turun tu Ummi tau nda boleh bersenang hati sebab tiba2 ianya pandai meningkat semula. Bukan sekali  Ifwat hampir kena tukar darah tapi dua kali dia hampir kena tukar darah setelah kena jemur di lampu triple photo. Tapi Allah Maha Penyayang bila naik ada jugak turunnya paras SB Ifwat, tapi itulah penurunan jaundisnya macam kura-kura berjalan perlahan...sikit demi sedikit, tapi kadang naik balik sikiit...turun lagi sikit...sampai satu ketika Ummi betul2 rasa down sangat masa tu kalau tak silap sudah hari ke-8 kami di hospital....sangkakan dah turun tapi mendadak lagi naik bacaan kuningnya! bukan sikit tapi banyak....ingatkan suda boleh balik rumah, kurang2 klau di rumah ada yg akan bagi semangat, ni di hospital... seolahnya Ummi berjuang sendiri dengan Bayi yang baru mau mengenal dunia...tumpah juga airmata ummi menangis sendri2 di koridor hospital (time tu Ifwat Ummi suda baringkan di baby cotnya di bawah double lampu), ada sekali tu rasanya hari keempat atau kelima time tengah malam jam 1, 2 pagi ..ummi tension barangkali.. masa menyusukan Ifwat air mata mengalir2 macam air paip...nda pula dapat di tahan2...yalah ada 2, 3 baby yang baru masuk wad (kiranya ummi dan ifwat sudah 2 hari dorang baru ja masuk) tapi dorang lagi bakal check-out dulu dr hospital....sampai kan dalam ati kenapalah anak orang lain kuning nda lama tapi kuning anakku nda sembuh2...).."nda apalah ifwat kita ni jaundis abo bukan jaundis biasa"....pujuk lah hati ummi sendiri...jangan sampai ummi sakit yg penting ummi kena jaga Ifwat sampai kita boleh balik rumah ya Ifwat...hiba hati ummi..InsyaAllah di entry akan dtg ummi akan bercerita dengan lebih jelas tentang ABO INCOMPATABILITY .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...