Sunday, October 30, 2011

Ifwat 6 bulan

Avent steamer and blender
Lama jugak ummi tidak menjenguk ke sini, dek sibuk di website dotcom ummi yg satu lagi. Website ummi tu kena hack...itu lah yg membuatkan ummi berlama-lama di sana, sampai tidak sempat mengemaskini blog ini. Ekceli alhamdulillah Ifwat ummi sudah pun enam bulan, dan sudah mula makan. Untuk Ifwat ni Ummi agak mudah sedikit menyediakan makanannya sebab ummi ada pembantu yg memudahkan kerja (dalam gambar) ianya sangat mudah - kita steam makanan tu lepas tu kita blend, gerenti tidak sampai setengah jam pun!! hehe

ok kat bawah ni pula gambar baby ifwat 5 hari sebelum umurnya genap 6 bulan pada 21 oktober 2011

ifwat dalam ssc snuggbaby

grr...sejuk dalam bilik kat homestay di kundasang


sempat lagi kena dukung ngan akak yg dari semenanjung masa pg naik canopy ;)

kakak sofwa dan kakak kaisah yg kepenatan mendaki bukit..fuhhhh ;)

1 comment:

  1. hebat bibik(Avent steamer and blender) n
    anak2 yg comel.

    ReplyDelete