Sunday, July 29, 2012

Pembimbing Ibu Menyusu Sabah (MBFPC)

Kepada sesiapa yang berminat, mari lah sertai kami sebagai sukarelawan ibu menyusu di Sabah, menyampaikan info yang betul tentang penyusuan susu ibu

info lebih lanjut sila lihat di gambar di bawah ini :-

Tuesday, July 24, 2012

Hukum Memakai Bulu Mata Palsu


Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Monday, July 23, 2012

Hulurkan bantuan buat yang memerlukan....

Ibu mohon bantuan dari orang ramai

13th June, 2012 KENINGAU: Nasib dua adik beradik yang menghidap penyakit Talasemia di Kampung Nuntunan Apin-Apin kira-kira 20 kilometer dari sini bergantung kepada ihsan para dermawan, ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersimpati dengan nasib kedua-dua kanak-kanak berkenaan.
Begitulah luahan hati ibu kepada dua kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu, Puan Widyawati Alidin yang membuat rayuan sumbangan ikhlas melalui media berikutan pembiayaan rawatan anak-anak mereka Joey Jovein Joseph 3, dan Jovy Joviel Joseph 2, yang mencecah RM460,000 .
Widyawati berkata, kedua-dua anak mereka penghidap Talasemia sejenis penyakit kecacatan darah yang major menyebabkan mereka terpaksa menjalankan rawatan transfusi darah pada setiap bulan.
Selain daripada itu katanya, kedua-kedua anak mereka ini melakukan rawatan pengkelatan lebihan zat besi dalam badan secara berterusan selama 8 hingga 12 jam melalui suntikan jarum dibawah kulit.
Katanya, rawatan bagi mereka adalah melalui pemindahan sum-sum tulang (Bone Marrow Transpalant) atau trans tali pusat (Cord Blood Transpalant).
“Pada bulan Mac lalu kami telah mendaftar DNA kedua-dua anak kami dalam proses mencari sum-sum yang sesuai bagi rawatan mereka melalui Stemcyte Company, Taiwan dan syukur kerana kedua-dua mereka mendapat padanan DNA” kata Widyawati kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Katanya, kedua-dua anak mereka akan memulakan rawatan pada hujung bulan Disember tahun ini di Chang Gung Memorial Hospital Taiwan.
“Dengan kos yang begitu tinggi kami memohon sumbangan ikhlas dari mana-mana individu dan para dermawan mahupun ahli keluarga yang prihatin untuk menampung kos rawatan kedua-dua anak kami” rayu Widyawati.
Beliau memberitahu, semua sumbangan ikhlas boleh disalurkan kepada mereka melalui nombor akaun CIMB 1005 0061 8295 23 / Maybank 1600 9034 2445 atas nama Widawati Alidin.
Katanya, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 0198071097 (Widyawati) dan 019-8037510 (Joseph Tunjang) bapa kepada kedua-dua anak berkenaan.
(petikan daripada akhbar newsabahtimes versi online )

Sunday, July 22, 2012

Friday, July 20, 2012

SeWiNg InFo: HoW To SeT YoUr OvErLoCk MaChInE ThREAdS NuMbErInG (SINGER 14N655)

useful info from www.lsn-sewingmachines.com. Love it so much! Thank you for the kind sharing… :) MESEJ KHAS KEPADA SEMUA PENGGUNA MESIN PORTABLE JAHIT TEPI SINGER 14N655 Cara2 mendapatkan hasil jahitan tepi yg cantik
A. Jahitan Tepi Biasa (4 benang)
Jahitan tepi 4 benang adalah khas utk jahitan yg lebih kuat
1. Set ketiga2 tension benang (warna kuning, merah, hijau dan biru) pada nombor 4
2. Pastikan butang putih kecil dekat tapak mesin dilaras ke N
3. Adjust lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) pada nombor 5 (standard)
4. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor 3 (standard)
5. Knob yg ketiga di sisi kiri mesin jangan diusik. Biarkan pada nombor 1.0 (standard)
Anda boleh lihat semua setting standard (knob di sisi kiri mesin) dibulatkan

B. Jahitan Tepi Biasa 3 benang (Gunakan jarum sebelah kanan sahaja)
1. Tanggalkan jarum sebelah kiri, jarum sebelah kanan jangan diusik
2. Set ketiga2 tension benang (warna merah, hijau dan biru) pada nombor 4
3. Pastikan butang putih kecil dekat tapak mesin dilaras ke N
4. Adjust lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) pada nombor 5(standard)
5. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor 3 (standard)
6. Knob yg ketiga di sisi kiri mesin jangan diusik. Biarkan pada nombor 1.0 (standard)
Anda boleh lihat semua setting standard (knob di sisi kiri mesin) dibulatkan.

C. Jahitan tepi halus untuk jahit tepi tudung (Gunakan jarum sebelah kanan sahaja)
1. Adjust tension benang yang paling kanan (warna biru) pada nombor 5 atau 5.5.
2. Set butang putih kecil dekat tapak mesin ke R.
3. Adjust lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) pada nombor R
4. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor R
5. Knob yg ketiga di sisi kiri mesin jangan diusik. Biarkan pada nombor 1.0 (standard)
Anda boleh lihat jahitan yang dihasilkan adalah halus dan rapat, sesuai utk jahitan tepi tudung

D. Jahitan tepi yang mempunyai kesan kedut2 (berombak), biasanya boleh digunakan utk jahit tepi bahagian lengan baju kanak2 (Boleh gunakan 1 atau 2 jarum)
1. Semua tension benang dibiarkan pada nombor standard 4.
2. Butang putih kecil dekat tapak mesin dibiarkan standard di N
3. Lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) dibiarkan standard pada nombor 5
4. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor 4
5. Adjust knob yg ketiga di sisi kiri mesin ke nombor 2.0
Anda boleh lihat jahitan yang dihasilkan adalah berkedut2, mempunyai kesan beralun/ berombak (tak tau lah ape name sebenarnya).

E. Untuk menambah atau mengurangkan kadar pemotongan kain
1. Anda hanya perlu adjust Knob kecil di sisi kiri.
2. Anda boleh perhatikan knob tersebut mempunyai R, 5, 6 dan 7. Sekiranya anda set pada R, kain akan dipotong lebih. Utk mengurangkan pemotongan kain, putar knob tersebut ke nombor yg lebih besar. Semakin besar nombor yg diset, semakin kurang pemotongan kain.

F. Untuk mengelakkan pemotongan kain
1. Sila perhatikan terdapat satu knob berbentuk segi empat yang kecil di bahagian bawah sisi kiri mesin (ada tanda pisau pemotong).
2. Untuk mengelakkan kain dipotong, tolak knob tersebut ke kiri dgn kuat. Kain tidak akan dipotong lagi (pisau pemotong tidak berfungsi).
3. Untuk kembalikan kepda keadaan asal, tolak knob putih tersebut ke kanan. Kain akan dipotong semula (pisau pemotong berfungsi

Saturday, July 14, 2012

Ku suka....

Akhirnya setelah sekian lama memiliki kamera kusamku si panasonic Lumix, baru ku tereksperimen ambil gambar macam ni hehehe. Kamera compact  saja ni :)



ekceli sudah lama tidak upload gambar fwat dalam blog ni ;) ni sudah 1 tahun 2 bulan (lebih kurang lah..)

Monday, July 9, 2012

Sebatian Ajaib: Air Susu Ibu

Ibu Yang menyusukan bayinya (gambar hiasan )


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu. (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang. Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.1 Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria “bermanfaat” yang dipanggil sebagai “flora normal” sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.2

Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.

Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.3

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung. Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.4

Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.5

Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini. Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.6

Fakta tentang “Makanan Tersegar”

Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan

Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.7

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?

Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui. Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini.8 Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah. Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain. Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.9

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah

Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.10 Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ...” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

“Untuk mendapatkan karya Harun Yahya, sila lawati www.bookglobal.net.”

1- “High-Risk Newborn—The Benefits of Mother’s Own Milk,” University of Utah Health Sciences Center, www.uuhsc.utah.edu/healthinfo/pediatric/Hrnewborn/bhrnb.htm.
2- Ibid.
3- C. Billeaud, et al., European Journal of Clinical Nutrition, 1997, vol. 51, 520-526.
4- "Breast milk 'does cut heart risk'," 1 Mac 2004, http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3523143.stm.
5- "Breast milk helps reduce obesity," 2 Mei 2004, http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3673149.stm.
6- Ibid.
7- Tim Whitmire, “IQ Gain from Breastfeeding,” http://abcnews.go.com/sections/living/DailyNews/breastfeeding990923.html.
8- “Breakthrough in Cancer Research,” www.mediconvalley.com/news/Article.asp?NewsID=635.
9- Peter Radetsky, "Human Breast Milk Kills Cancer Cells," Discover 20, No. 06, Jun 1999.
10- Rex D. Russell, “Design in Infant Nutrition,” www.icr.org/pubs/imp/imp-259.htm.

Friday, July 6, 2012

My New Gadjet - coming soon!

Sedang berangan mau menjadi tukang jahit tidak profesional, tapi semuanya memang keperluan. Harap-harap lepas ni boleh jahit macam-macam :) mau mengasah balik hobi menjahit dalam diri ini :)

SINGER BRILLIANCE MODEL 6180 

Features

-80 Built-In Stitches
-6 Fully Automatic 1-Step Buttonholes
-Automatic Needle Threader
-Adjustable Stitch Length and Width
-Variable Needle Positions for precise top stitching
-Automatic Tension keeps stitches balanced and even
-Quick Start Guide included for easy 5-minute start
-Stitch Guide tells you when and how to use built-in stitches
-Machine Intro DVD included
-Class 15 Metal Bobbins
-Heavy Duty Metal Frame

Included Accessories:
All-Purpose Foot, Zipper Foot, Buttonhole Foot, Needles, Bobbins (Class 15), Seam Ripper / Lint Brush, Screwdriver, Darning Plate, Auxiliary Spool Pin, Spool Pin Felt, Spool Cap, Soft-Sided Dust Cover, Foot Pedal, Power Cord, Instruction Manual

Tutorial menjahit baju kurung kanak-kanak dari NeezaNeedle

PART 1




PART 2



PART 3

Monday, July 2, 2012

Lama tidak buat post

Agak lama juga ummi tidak buat pos di sini. masa terus berlalu... setiap hari yang ditempuhi juga berwarna-warni. Begitulah kehidupan kita kan. Sekejap terbias dengan warna ceria, ada masa lain pula muram, kusam dan lesu. Ya itu hakikat kehidupan. hakikatnya bila kita berpijak di bumi Allah yang nyata ini. Ummi juga tidak ketinggalan dengan perubahan yang memang mengikut sunatullah yang sudah ditetapkan untuk kita sebagai manusia. Ya seharusnya kita mesti bersyukur dengan semua kurniaan-Nya. Allah beri kita segala kebaikan untuk menguji kita begitu juga Allah beri kita segala yang baik-baik untuk menduga kita. Sabarkah kita, tabahkah kita, semakin kuat kah iman...atau sebaliknya..Nauzubillahi minzalik

Kadang dalam hidup ni ada masa down, ada masa menggembirakan, mana yg baik ummi jadi kan teladan mana yg buruk ummi jadikan sempadan...kadang kita rasa itu yang terbaik...walhalnya ada lagi yang lebih baik untuk kita sebab tu Allah membuka mata hati kita..untuk InsyaAllah jadi yang lebih baik lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...