Monday, July 23, 2012

Hulurkan bantuan buat yang memerlukan....

Ibu mohon bantuan dari orang ramai

13th June, 2012 KENINGAU: Nasib dua adik beradik yang menghidap penyakit Talasemia di Kampung Nuntunan Apin-Apin kira-kira 20 kilometer dari sini bergantung kepada ihsan para dermawan, ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersimpati dengan nasib kedua-dua kanak-kanak berkenaan.
Begitulah luahan hati ibu kepada dua kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu, Puan Widyawati Alidin yang membuat rayuan sumbangan ikhlas melalui media berikutan pembiayaan rawatan anak-anak mereka Joey Jovein Joseph 3, dan Jovy Joviel Joseph 2, yang mencecah RM460,000 .
Widyawati berkata, kedua-dua anak mereka penghidap Talasemia sejenis penyakit kecacatan darah yang major menyebabkan mereka terpaksa menjalankan rawatan transfusi darah pada setiap bulan.
Selain daripada itu katanya, kedua-kedua anak mereka ini melakukan rawatan pengkelatan lebihan zat besi dalam badan secara berterusan selama 8 hingga 12 jam melalui suntikan jarum dibawah kulit.
Katanya, rawatan bagi mereka adalah melalui pemindahan sum-sum tulang (Bone Marrow Transpalant) atau trans tali pusat (Cord Blood Transpalant).
“Pada bulan Mac lalu kami telah mendaftar DNA kedua-dua anak kami dalam proses mencari sum-sum yang sesuai bagi rawatan mereka melalui Stemcyte Company, Taiwan dan syukur kerana kedua-dua mereka mendapat padanan DNA” kata Widyawati kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Katanya, kedua-dua anak mereka akan memulakan rawatan pada hujung bulan Disember tahun ini di Chang Gung Memorial Hospital Taiwan.
“Dengan kos yang begitu tinggi kami memohon sumbangan ikhlas dari mana-mana individu dan para dermawan mahupun ahli keluarga yang prihatin untuk menampung kos rawatan kedua-dua anak kami” rayu Widyawati.
Beliau memberitahu, semua sumbangan ikhlas boleh disalurkan kepada mereka melalui nombor akaun CIMB 1005 0061 8295 23 / Maybank 1600 9034 2445 atas nama Widawati Alidin.
Katanya, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 0198071097 (Widyawati) dan 019-8037510 (Joseph Tunjang) bapa kepada kedua-dua anak berkenaan.
(petikan daripada akhbar newsabahtimes versi online )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...