Wednesday, August 8, 2012

Soal Jawab Agama berkaitan fidyah puasa

Kiraan Membayar Fidyah

Soalan

assalamualaikum..saya ingin mendapatkan kepastian, saya akil baligh dari umur 12tahun..sekarang saya 24 tahun. untuk tahun yang sebelum saya ada mengganti puasa tetapi tidak penuh.saya belum lagi mengganti puasa yang tertinggal untuk tahun sudah.tahun ini saya ada mengganti puasa penuh untuk tahun lepas.jadi saya nak tahu macam mana pengiraan sekiranya saya ingin membayar fidyah ..dengan kadar fitrah semasa rm8.00 berapa jumlah saya harus bayar.saya tidak pasti jumlah yang saya sudah ganti

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam hal ini, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu bilangan hari puasa yang masih belum anda qadha’kan lagi. Selain itu, anda juga perlu tahu puasa yang ditinggalkan tersebut untuk tahun bila.
Ringkasnya, kedua perkara ini (bilangan hari dan tahun bila) perlu anda tahu dengan jelas dan pasti barulah kerja-kerja mengganti/mengqadha’ puasa tersebut dapat dilakukan dan seterusnya memudahkan kiraan fidyah yang perlu anda jelaskan.
Perlu diingatkan bahawa bayaran fidyah bukan mengikut kadar zakat fitrah semasa bagi seseuatu kawasan. Setiap hari puasa yang masih belum sempat untuk diqadha’kan akan dikenakan dengan bayaran 1 cupak beras. 1 cupak bersamaan dengan 675 gram beras. Oleh itu, 1 hari puasa akan dikenakan dengan bayaran harga 675 gram beras.
Bayaran fidyah boleh dijelaskan di kaunter pungutan zakat yang berdekatan dengan tempat anda. anda hanya perlu membawa maklumat mengenai bilangan hari puasa yang ditinggalkan dan puasa bagi tahun bila ia ditinggalkan ke kaunter tersebut. pihak PPZ akan mengirakan jumlah bayaran yang perlu anda jelaskan. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment