Thursday, November 22, 2012

Kehamilan dan spirulina

Pada masa kini ramai dari kalangan kita mempunyai akses mudah untuk mendapatkan vitamin dan sebagainya ditambah pula semasa keadaan wanita hamil yang memerlukan pelbagai khasiat untuk membantu proses mengandungkan anak, di sini ummi ingin berkongsi jawapan Doktor Zubaidi yang menjawab persoalan si ibu hamil berkaitan pengambilan spirulina semasa hamil...Boleh atau tidak?

KEHAMILAN DAN SPIRULINA

"Doktor, semasa mengandung anak pertama saya mengambil supplement obimin. Skrg sy mengandung anak kedua dan doktor memberi saya pil Elepro. Selamat kah ubat/pil tersebut dan boleh kah makan pil spirulina juga sebagai supplement? Terima Kasih"

Dr Zubaidi: Saya tidak pernah mendengar pil Elepro, mohon puan memberikan gambarnya pada saya agar saya dapat memberikan pandangan,

dan hantar ke email saya, drzubaidiahmad@gmail.com

Mengenai spirulina pula, spirulina mempunyai potensi untuk bercampur dengan bahan logam berat, seperti merkuri yang merbahaya. American Pregnancy Association (APA) melaporkan pengambilan logam berat merkuri secara tidak sengaja ketika hamil boleh merosakkan otak bayi dalam rahem dan melambatkan perkembangan otak apabila dilahirkan nanti.

Namun jika puan pasti syarikat pengeluar spirulina tersebut menjamin kebersihan dan keselamatan produk mereka, puan boleh mengambil spirulina ketika hamil.

Tetapi saya berpandangan bahawa tidak perlu mengamalkan spirulina ketika hamil kerana ia tidak memberikan manfaat melebihi manfaat yang diberikan oleh pil Obimin.

No comments:

Post a Comment