Sunday, August 18, 2013

Cara Setting Modem TPLink

Ummi kena juga buat post khas pasal modem tp link, sebab kalau tidak ummi terlupa. Benda ni mudah saja tapi customer service sangat nda membantu, alasan doran modem ni bukan dibeli di Telekom. Bukannya nda pernah ummi guna modem yang dibekalkan syarikat telekom, tapi semua hancur rosak binasa, pertama kali masa beli lama jugak pakai lah dalam setahun ke 2 tahun. tapi lepas rosak modem gantian tu hanya tahan 2, 3 bulan. sudah tu nda kan lah mau beli lagi..bukan free untuk ganti..harga dalam rm200 lebih. ni yang ummi beli modem tplink ni (ada banyak model) untuk alternatif dan memang ok setakat ni pakai.

Berikut panduan atau tutorial untuk membuat setting modem tplink anda dengan line internet streamyx anda ya.

1. Dalam kotak modem tp link yang dibeli anda akan dapat beberapa benda, modem dan beberapa wayar penyambung sudah pasti, dan yang PENTING ada CD KECIK. Masukkan dalam cdrom lappy atau komputer dan sila ikut panduan bagaimana cara untuk pasang modem dan segala wayar tu semua. cara tu sangat mudah diikuti, jadi ummi tidak letak panduannya di sini. memadai dengan ikut panduan dalam cd tersebut.

2. Bila sudah selesai pemasangan fizikal modem semua, wayar-wayar tersebut, sekarang kita kena sambung software untuk internet streamyx kita tu, yang ni panduan tidak seberapa jelas seperti yang ada dalam buku panduan modem.
bila selesai pasang semuanya anda akan jumpa bahagian ini ditunjukkan di dalam cd tersebut. Klik next seperti dalam gambar


3. Seterusnya bila kita klik next ia akan jadi macam ni


4. seterusnya pemasangan kita tu akan jadi macam ni, tapi ni belum selesai lagi ada lagi setting kena buat di langkah seterusnya klik NEXT

5. Seterusnya akan keluar seperti ini:

kalau line internet anda menggunakan streamyx seperti saya maka ikut saja seperti mana yang saya taipkan di dalam gambar di bawah ini,  seterusnya klik NEXT bila sudah selesai mengisi data tersebut



6. isi username anda seperti gambar di bawah
Contoh:
User Name: Ahmadsufi@Streamyx
Password: (password anda yang anda telah set kan semasa mula-mula membeli streamyx, jika lupa sila dail 100 di TM dan tanyakan mereka apa username dan password streamyx anda)
Sila tick 'SERVICE NAME' di  petak pertama di bawah dan isikan dengan STREAMYX dan seterusnya klik NEXT, 




7.Isikan dengan nama network yang anda sukai
Contoh: My Network, klik NEXT,


8.  Sila buat pilihan seperti mana gambar di bawah, dan masukkan 8 karekter dikehendaki untuk setting password internet anda itu nanti. klik NEXT,


9. pengesahan berkaitan konfigurasi yang kita buat tadi. sila tick petak save these setting di bawah tu. dan klik NEXT,



10. akan keluar mesej ni dan klik OK,



11. seterusnya mesej ni akan keluar, tunggu saja sampai proses verify tu selesai,


12. setelah proses veriify selesai sila klik NEXT,


13.  Sila tekan butang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar (terletak di bahagian belakang modem) ini bertujuan mengaktifkan fungsi wifi modem anda selain boleh sambung line internet menggunakan usb atau wayar, tapi best lagi wifi (wireless) kan ;) , so jangan lupa ya aktifkan butang tu.


14.sila klik FINISH dan anda sudah boleh melayari internet :) selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...