Tuesday, August 20, 2013

Mesej Daripada Tuan Guru Nik Aziz Berkaitan 'Mesir Yang Berdarah'


Photo: ‎PUNCA UTAMA DISEBALIK RAMPASAN KUASA MESIR

TERKINI : Isu Semasa Mesir
Kenyataan Pembantu Hal Ehwal Politik Presiden Mursi, Bakinam Asy-Syarqawi :

Antara Punca utama di sebalik rampasan kuasa yang berlaku ke atas Presiden adalah disebabkan langkah-langkah awal yang beliau ambil dalam usaha mengembalikan kedaulatan dan kesucian Kabinet Negara :

1. Menghentikan khidmat 6000 hakim yang berumur melebihi 60 tahun dan turut campur tangan dalam pengurusan bajet Kementerian Kehakiman secara berlebihan untuk memberikan nafas baru terhadap badan kehakiman awam. Demi merealisasikan usaha tersebut, beliau telah memilih seramai 12000 graduan perundangan yang berkelayakan.

2. Memutuskan Persaraan Awal ke atas 5000 petugas keselamatan yang berpangkat kolonel dan penjawat atasan polis serta menubuhkan suruhanjaya baru di Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji dan menyemak semula tempoh perkhidmatan mereka.

3. Membatalkan permohonan semua pendaftar yang berisiko dalam semua bidang kenegaraan bergantung kepada keadaan semasa serta keizinan daripada Pendakwaraya yang akan bermula pada 10 Ogos 2013.

“Ini merupakan peluang kepada seluruh rakyat untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa diperalat dalam kegiatan-kegiatan samseng oleh para pimpinan negeri dan parti negara yang terlibat dengan aktiviti rasuah.”

Selain itu, ia juga diantara keputusan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Presiden Mesir.

"يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم"

SUMBER :
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)‎
Gambar dari laman FB Dunia Kini


Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M


Gambar dari laman Fb Page Dunia Kini

2 comments:

  1. terima kasih perkongsiannya dan sama-sama kita doakan konflik yang tak nampak hujungnya kembali aman.

    ReplyDelete
  2. terima kasih membuat kunjungan balas :) ke blog tidak seberapa ni

    ReplyDelete