Thursday, December 12, 2013

Kucing hutan

Macam harimau kan? serius macam harimau. Sebenarnya ini kucing tapi bukan kucing biasa-biasa yang dipelhara di rumah atau yang kita biasa nampak. Ini kucing hutan. Gambar kucing ni suami yang ambil. Dijumpai di belakang semak samun di sekolah dan masa tu kucing ni memang sudah tidak bernyawa. Tidak sangka pula di kawasan SM St Paul ni boleh dijumpai binatang liar kan? Cantik bulunya macam anak harimau.

Wednesday, December 11, 2013

Alamak! matahari nak jatuh...

hehe gambar ni suami ambil masa kami bersantai-santai di tepian tebing pantai di belakang hotel mahal di KK tu hihi, apa kah nama hotel tu Pearl Habour ka apa lupa dah ummi, kununya mahu merakam matahari jatuh, tapinya tiada lah kami kamera dslr yang cantik tu kan apa pun ni gambar saja-saja merakaam indahnya alam ciptaan Allah SWT, bersyukur atas nikmat-Nya Subhanallah!


Senyum ku kaku...

Ummi serius masih mahu menangis melihat gambar ini. 'Ifwat masih mahu bermain...masih mahu senyum..walhal di wajahnya itu ada luka sana sini yang pedih...ini bukan luka muka orang dewasa yang kepedihan kerana ditumbuhi jerawat batu bernanah-nanah berbiji-biji yang masih boleh dikira...tapi ini seolahnya luka melecur seluruh muka. Boleh tengok dari gambar ini sahaja wajahnya merah teramat.....aduhai....macam masih terasa saat melalui keperitan kesakitannya....kami sebagai penjaga hanya merasai perit nya dari luaran...tapi anak kecil ini terpaksa menanggung kesakitan yang teramat...apalah anak kecil sebesar ini mampu luahkan rasa sakitnya....Allah saja Yang Maha Mengetahui saat ini....


Gambar kenangan kemuncak tsw 'Ifwat

Sengaja ummi rakamkan di sini kenangan anak tersayang kai 'Ifwat semasa proses TSW pada awal tahun 2013 - sekitar tempoh tersebut kai berperang dengan saat seperti gambar ini ( di bawah), berperang dengan emosi...Ummi , Baba.. anak-anak...

Gambar diambil pada 2 febuari 2013

lepas puas menggaru dan menangis akhirnya tertidur, dia rasa gatal yang amat, dan dia merasa stress sebab kami menghalangnya menggaru. Kalau tak dihalang hasil kulitnya akan terluka sebab dia menggaru hanya akan berhenti apabila kulitnya berdarah. Gatalnya bukan pada kulit sebenarnya tapi dalam darah tu, tu yang selagi tidak berdarah selagi tu lah dia sedap menggaru.



Monday, December 9, 2013

Lagi baby comforter quilt

hehe baru perasan blog ni ada dua post saja, azam baru lah konon tahun depan mahu memeriahkan blog hehe. Lebih seronok berceloteh di sini rasanya, walaupun macam bercakap sorang-sorang. Baru-baru ni belajar dari rakan facebook ummi, ummi belajar perkara baru iaitu baby quilt comforter, hooo seronok membuat dan menjahitnya hehe kali pertama buat siap 2 hari, kali kedua buat, pagi buat basting susun kain semua, malamnya dah siap! huhh seronok pulak hehe. Ini ummi kongsikan hasil jahitan baby quilt comforter ummi ya :)





Cuti Yang Indah dan Ceria di Kudat

Seronok ummi sekeluarga pegi bercuti di Kudat. Tujuannya ialah mau mencuci mata dengan keindahan alam di Tanjung Simpang Mengayau yang cantik tu hehe :). Dulu pertama kali datang ke situ ummi kata bak tempat persinggahan duyung ala-ala cerita fantasi kononnya hehe. Ini ada beberapa gambar kenangan kami sekeluarga di sana :)






Saturday, December 7, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...