Friday, August 4, 2017

Ummi dan Umrah

Setelah urusan pendaftaran dan booking umrah kami suami isteri selesaikan pada minggu ketiga syawal yang lepas, baru hari ini ummi akan bercerita panjang sikit :) . Hajat kami sekeluarga mahu ber Umrah, mau ke Haramain Makkah Madinah InsyaAllah.

Di sini ummi list kan beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk umrah ni.


Pertama sekali ummi dan suami uruskan paspot kami anak beranak. Oleh kerana kami ni bukanlah jenis melancong sangat, memang tiada dalam diari tahunan pun melancong ke luar negara ni hehe, angan-angan tu ada, tapi bukan perkara utama lah bagi kami sekeluarga, bajet jalan2 di sabah ni saja. tapi tu pun asyik2 pegi kaki gunung kinabalu saja lah hehe..

1. Uruskan passport: untuk lebih mudah kami hanya ke UTC sembulan sahaja, sebab ummi dan suami bekerja, jadi UTC buka pada hari sabtu sampai petang. Jadi senang ke sana untuk urus
 ada 2 kali kami datang, kerana kali pertama hanya kami suami isteri dan anak kedua dan keempat saja berjaya diselesaikan passportnya. Tidak lama pun tunggu, dalam sejam lebih siaplah passport kita. Untuk anak sulung dia umur 12 tahun jadi urusan kad pengenalannya belum lagi siap, jadi hanya guna kad pengenalan sementara sahaja, jadi sebab tu lah kami datang dua kali, kali kedua urus passport anak sulung pula.

***kalau buat passport kena prihatin tentang warna hitam, maksud kalau wanita bertudung kena guna tudung hitam kalau lelaki pula sebaiknya berbaju hitam

***Tidak perlu bawa gambar, sekarang ni (masa ni tahun 2017) pihak imegresen ambil sendiri gambar kita

***Jangan lupa bawa salinan IC

2. Menyediakan gambar ukuran passport untuk buat VISA. Bagi muslimah wajib pakai tudung hitam, yang lelaki sebaiknya pakai baju hitam dan tidak boleh memakai topi, sama ada cap, songkok, serban atau kopiah. Bolehlah ambil gambar di mana-mana kedai gambar. Tapi kalau ada yang kreatif tu barangkali boleh ambil gambar sendiri, tapi syaratnya background belakang gambar wajib putih untuk gambar buat VISA


3. Setelah yang atas tu bolehlah kita mencari mana-mana agen pelancongan yang ada mengiklankan servis umrah mereka. Untuk mengelakkan kita dari ditipu oleh agen pelancongan palsu atau agen pelancongan yang menipu, kita boleh check secara online nama syarikat pelancongan yang kit buat servay tu tadi dekat website tabung haji juga boleh check dekat muasassah, ada atau tidak senarai nama syarikat mereka di situ. Jika tidak tersenarai kita tahu lah agent tu menipu.
Kami sekeluarga pula buat keputusan  mengikuti agen yang ada di Sabah ini juga iaitu IMTIYAZ TRAVEL

***untuk booking kami dikehendaki membayar rm1000 sebagai pendahuluan deposit tempahan kami
kata pegawai dari syarikat imtiyaz tu, pada bulan oktover 2017 nanti, iaitu sebulan sebelum keberangkatan ke makkah madinah barulah kami dikehendaki membuat pembayaran penuh


Jadi buat masa ini, semua ini telah disetelkan, dan sekarang adalah masa kami membuat persediaan kelengkapan peralatan dan pakaian ke sana pula nanti. InshaAllah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...