My Breastfeeding Story

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog Ummi.

Kisah penyusuan Ummi bermula daripada anak pertama sudah tentunya pada tahun 2005 (18 mac 2005), anak sulung ummi -sofwa- hanya sempat menyusui Ummi hanya selama 3 bulan-itu pun bukanlah secara ekslusif (sebab bercampur dengan susu tin atau formula. Masa mengandung sulung Ummi tidak pernah terfikirkan mencari ilmu tentang penyusuan. Apa yang Ummi sibukkan masa tu penjagaan kehamilan, makan zat tambahan dan sebagainya, persediaan pakaian dan segala kelengkapan pelahiran. Yang ummi tahu bila anak lahir nanti memang mahu beri susu ibu.

Perjalanan penyusuan susu ibu untuk si sulung adalah pengalaman yang ummi sedih mahu mengingatnya, ummi bersalin di hospital swasta ketika itu, bersalin saja anak tidak duduk sekali (rooming -in) sepanjang malam dengan ummi-dia diletakkan di nurseri (bilik bayi dijaga oleh nurse)- mungkin polisi klinik swasta tersebut ialah mahu merehatkan si ibu yang penat bersalin (wal halnya ini tidak sesuai sama sekali untuk ibu yang mahu menyusukan dengan susu ibu)- jadi si kakak diberi susu formula sudah pada masa itu.

Sepanjang pantang ku hanya sesekali memberi susu ibu sebab pada pendapat ku 'susu ibu sikit' dan masalah puting tenggelam (jadi susah untuk anakku menyusu masa itu - ini adalah simtom kurang ilmu penyusuan..), pada masa awal pantang ku cuba selesaikan masalah puting tenggelam itu dengan breast shield atau nipple shield, alahai...lagi anakku tidak selesa sebab kena menghisap melalui alat tersebut. Akhirnya dia lebih cenderung menghisap susu botol yang berisi susu formula berbanding susu ibu.

Bulan ketiga aku mula bekerja, pada waktu rehat (rumah dekat tempat kerja) aku balik sekejap untuk menyusukan tetapi anakku menolak dan menangis sepuas hati bila diberikan susu ibu berbanding susu botol ( dia sudah mengalami 'keliru puting'), dan entah macamana mana aku ada hati mencari ilmu penyusuan dari internet.

Ku terjumpa dengan www.momslittleones.com , ada banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu di laman ini, dan yang menarik perhatianku ada cara membanyakkan air susu dengan herba. Sedihkan..aku betul-betul miskin ilmu penyusuan susu ibu masa itu. masa itu aku tidak yakin dengan pembeian secara online, jadi ku hanya order paket kecil herba tersebut. Dan aku membuat pembelian pam susu di Happy Mum Luyang masa tu. Ku sangka minum herba tu susu boleh banyak sekaligus, ku sempat perah dengan pemerah susu yang ku beli dengan harga beratus (medela mini-e) sekali dan hanya ada 2, 3 titis keluar semasa aku memerah dalam lebih kurang tidak sampai pun sejam. Aduhai, sampai ku nekad beranggapan, BOHONG SAJA SUSU IBU BOLEH DIPERAH JADI BANYAK SAMPAI BERBOTOL-BOTOL. Dan setelah itu aku ambil keputusan dan bincng dengan suami memberikan anakku susu tin.

Bercerita tentang perasaanku saat itu? memang kecewa yang amat...sampai bila aku beronline aku akan menahan diri untuk tidak menjenguk atau mencari ilmu lagi tentang penyusuan, aku kecewa dan entah marah pada siapa..kecewa dengan diri sendiri dan rasa bersalah pada anakku..sebab tak dapat beri yang terbaik.. (bersambung..nanti cerita penyusuan anak kedua pula :)  )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...